TINDAKAN biadab seorang wanita bersama pasangannya ketika menonton wayang mengundang kecaman netizen. Menurut perkongsian seorang pelayar di TikTok, kejadian dikatakan berlaku di TGV Cinemas, Sunway Pyramid, Subang Jaya, pada jam 10.15 malam dan rakaman insiden dimuat naik pada Jumaat. Pelayar tersebut mendakwa, kedua-dua pasangan ini asyik bersembang dan minum minuman keras ketika menonton filem Barbie yang kini sedang rancak ditayangkan di pawagam-pawagam. Tangkap layar menunjukkan pasangan ini beredar keluar. “Dua orang individu ni minum dan berborak sepanjang movie Barbie ditayangkan,” katanya di ruangan kapsyen. Disebabkan perbualan mereka mengganggu ketenteraman orang lain yang sedang menonton, beberapa penonton meminta agar pasangan tersebut supaya berhenti bersembang. Mungkin tidak boleh bertoleransi dan menerima teguran, wanita terbabit mencampakkan minuman kerasnnya kepada penonton yang menegur perbuatannya. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar kolej beli 70 tiket wayang semata-mata nak tengok Tom Cruise berdua-duaan dengan BFF, habiskan RM1,600 demi kejutan ARTIKEL BERKAITAN: Penghisap vape bikin ‘wayang murahan’ dalam panggung! Penggera berbunyi, semua pengunjung GSC kelam kabut lari “Bukan sahaja mereka sangat kurang ajar, perempuan tu siap campak air (beralkohol) dalam bekas minuman dekat penonton (yang minta dia untuk senyap). “Perempuan tu mesti sangat mabuk walaupun sudah balik dan berada di rumah sekarang,” katanya lagi. Dalam paparan rakaman video tersebut, kelihatan wanita itu menuang minumannya kepada penonton lain. B**i datang tengok Barbie. NETIZEN Dia kemudiannya menunjukkan isyarat lucah sambil mengeluarkan kata-kata kesat sebelum beredar keluar dari panggung. "F*** you!" katanya sebelum keluar dari panggung walau filem Barbie belum tamat tayangan. Pelayar ini berharap tindakan dapat diambil oleh pihak TGV Cinemas susulan apa yang terjadi pada malam tersebut. Rata-rata netizen turut berasa kurang senang dengan perbuatan wanita itu setelah video memeparkan tingkah lakunya tular di TikTok. Dalam pada itu, ramai juga yang mempersoalkan bagaimana wanita ini boleh membawa minuman keras memandangkan ia melanggar peraturan TGV Cinemas sendiri. Komen netizen di TikTok. "B**i datang tengok Barbie. "Jangan hina Barbie, ini perangai b**i. "Macam mana boleh lepas bawa air berisi arak tu masuk wayang? Dah terkena Muslim lain pula," komen beberapa netizen. Berdasarkan semakan di laman web TGV, mana-mana individu yang membeli tiket untuk menonton wayang di pawagam ini tertakluk di bawah syarat dan peraturan ditetapkan. Pengunjung tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman dari luar, sebaliknya hanya boleh membawa masuk makanan yang dibeli di bar snek TGV. Makanan luar yang ada bersama pengunjung perlu diletakkan di tempat pengesahan tiket sebelum memasuki pawagam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube