suria

Budak intern dari Terengganu ‘dibahan’ sebab naif, sanggup ulang alik KL- Shah Alam naik Grab - “Tak boleh expect dia tahu semua”

Penuntut universiti lazimnya ditemuduga sebelum menjalani latihan industri di sesebuah syarikat. -Gambar hiasan

MENJALANI latihan industri (internship) adalah syarat wajib bagi kebanyakan penuntut universiti atau institusi pengajian tinggi sebagai memenuhi syarat dalam program pengajian ijazah.

Ia bertujuan memberi pendedahan awal kepada para mahasiswa tentang realiti sebenar alam pekerjaan yang secara tidak langsung akan menjadikan seorang graduan itu berdaya saing dan memenuhi keperluan pasaran.

Sudah pastinya golongan ini begitu teruja untuk melangkah ke episod baharu kehidupan selepas bergelar mahasiwa.

Namun begitu, baru-baru ini kecoh di media sosial ciapan seorang pelayar Twitter mengenai seorang mahasiswa yang ditemuduga bagi menjalani latihan industri di tempat kerjanya.

intern tweet

Ciapan yang tular di Twitter gara-gara seorang pelayar mempersendakan seorang penuntut IPTA.

"Tempat aku interview budak untuk intern. Ofis di Shah Alam. Budak ni orang Terengganu," tulis pelayar itu.

Menerusi temuduga itu, pelajar tersebut ditanya di manakah dia tinggal sekiranya terpilih.

"Saya ada mak cik dekat Wangsa Maju," jawabnya.

Seterusnya, dia disoal pula sama ada mempunyai kenderaan sendiri untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja.

"Takpe saya boleh naik Grab," demikian jawabnya ringkas.

Mendengar jawapan yang diberikan, pelayar tersebut mungkin berpandangan sukar untuk berulang-alik dari Wangsa Maju di Kuala Lumpur ke Shah Alam, Selangor tanpa kenderaan sendiri.

"Dik, faham nak kerja ni, tapi biar logik dik," demikian ciapan individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar intern trauma turun site! Pengurus kata pegang paha tanda terima kasih, bukan gangguan seksual - “Pekerja asing lebih hormat saya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Bayaran kami harus bermaruah“ - Gadis IPT tegas tuntut elaun setimpal, mahu syarikat lihat intern sebagai pelaburan

Bagaimanapun dia tidak menyatakan sama ada syarikatnya bersetuju untuk mengambil mahasiswa berkenaan menjalani latihan industri atau sebaliknya.

Ciapan tersebut ternyata mengundang perhatian warga maya yang memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Bagi netizen, individu berkenaan berkemungkinan mahu menyampaikan mesej supaya setiap penuntut perlu berlaku jujur ketika menjalani temuduga dan usah memberikan jawapan 'tangkap muat' demi mendapatkan posisi di sesebuah syarikat.

Sendiri tunjuk sikap tak profesional. Dekat mana yang lawak pun tak tahu. Kalau ya pun kelakar, tak perlu share.

NETIZEN

"Belum start kerja dah menipu atas alasan teknikaliti untuk dapatkan kerja... pastu pelik kenapa tak happy kerja," komen seorang netizen.

Bagaimanapun rata-rata warga maya berpandangan ciapan individu berkenaan lebih kepada berbaur sarkastik malah mereka mengecam tindakannya membuat perkongsian di laman sosial untuk 'membahan' penuntut terbabit.

"Tak boleh nak expect budak intern tu semua tahu. Mereka pun dari kampung. Level berfikir diorang tak sama dengan kita yang bekerja ni. Diaorang tu perlu dibimbing, bukan dijadikan bahan di medsos (media sosial).

intern 2

Komen daripada netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Memang HR kena jadi kerek eh? Budak tu dari Ganu (Terengganu), tak biasa pun lagi dengan jalan dekat Selangor satu hal. Dia tak tahu kalau peak hour Grab jadi mahal, life survival slow slow belajar. Tapi kelakar la attitude orang macam ni baru jadi recruiter dah melangit?

"Sendiri tunjuk sikap tak profesional. Dekat mana yang lawak pun tak tahu. Kalau ya pun kelakar, tak perlu share. Itu baru budak tu interview. Kalau dah kerja tak tahulah macam mana kena downgrade nanti," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain