BEKERJA dalam sektor profesional mahupun bekerja sendiri, aspek disiplin adalah antara perkara yang paling penting untuk diberi perhatian Bukan sahaja untuk menjamin kelangsungan kerjaya, bahkan elemen ini secara tidak langsung melambangkan keperibadian seseorang. Jika sebelum ini warga maya 'dihidangkan' dengan perkongsian mengenai sikap generasi muda ketika ini yang didakwa kerap mencetuskan masalah di tempat kerja, perkongsian terbaharu oleh seorang individu di Facebook juga boleh menyebabkan netizen tepuk dahi. Hampir serupa dengan kisah-kisah yang pernah dipaparkan di media sosial, kali ini individu berkenaan mendedahkan sikap seorang pekerja yang sambil lewa dan gemar memberi 1,001 alasan kepada majikan. "Geng sunat laser bila bekerja," demikian kapsyen yang ditulis pada hantaran yang dimuat naik di Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini. Tangkap layar (screenshot) perbualan di aplikasi WhatsApp yang turut dimuat naik dalam hantaran individu berkenaan. Menurut pemahaman ketika ini, ungkapan 'geng sunat laser' digunakan untuk merujuk kepada golongan muda atau generasi Z yang dikatakan mempunyai banyak kerenah, manja dan tidak boleh ditegur. Dalam perkongsian tersebut, dia turut memuat naik tangkap layar (screenshot) perbualan menerusi aplikasi WhatsApp antara pekerja berkenaan dengan majikannya. ARTIKEL BERKAITAN: Ambil cuti atas alasan nak healing sebab gaduh dengan GF, betul ke Gen Z lemah? - “Nak minta AL dengan bos pun takut” ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mengeluh kerja dengan Gen Z! Manja, ditegur cepat sentap... Tahu-tahu resign, sindir senior di media sosial Antaranya, pekerja berkenaan kerap memberikan alasan untuk tidak hadir ke tempat kerja. "Hari ni ada masalah sikit, kena settle dulu. Bang, esok saya masuk. "Sorry bang, ni baru bangun. "Salam bang, esok saya tak tahu lagi kerja ke tak sebab saya demam ni. Dari Khamis lepas demam. "Bang, minggu ni saya tak masuk sebab susah bangun awal. Minggu depan saya masuk," demikian antara mesej yang dihantar pekerja berkenaan. Baru tahu ke? Dah lama tahu gen Z ni macam mana. Manja, banyak kerenah dan menyusahkan orang! NETIZEN Apa yang lebih mengejutkan, dalam mesej yang lain, pekerja berkenaan terlebih berani meminta bayaran pendahuluan (advance) daripada majikannya. "Saya nak repair motor saya. Nanti apa-apa transfer je. Minta maaf sangat-sangat bang," mesejnya lagi. Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya malah mereka turut menceritakan pengalaman yang hampir serupa melibatkan golongan muda di tempat kerja masing-masing. Sebahagian komen netizen yang mengecam pekerja berkenaan. "Lembik, lemah, bukan anak jantan. Elok kau doa tidur masa demam tu, bangun-bangun kau umur dah 65 dik, dah pencen terus. "Memang ramai perangai macam gini generasi baru sekarang ni. Saya kerja sebagai HR rasa nak pencen awal je dah ni... stres dengar macam-macam alasan tak logik mereka. "Baru tahu ke? Dah lama tahu gen Z ni macam mana. Manja, banyak kerenah dan menyusahkan orang!" demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube