SETIAP kali tibanya Hari Raya Aidilfitri, pasti anak perantauan dari segenap pelusuk dunia akan menyampaikan salam lebaran kepada keluarga di tanah air. Kebiasaannya pelbagai ragam mencuit hati yang ditonjolkan dalam kiriman ini seperti gambar dengan lagak melucukan berserta ucapan yang menghiburkan. Hantaran meraikan Syawal dari seberang lautan itu ada kalanya turut dipaparkan di dalam akhbar dan platform elektronik untuk tatapan bersama masyarakat. Ciapan asal di Twitter. Namun begitu, seorang warga maya berkata ada satu ucapan Selamat Hari Raya yang dibuat beberapa tahun lalu masih kekal di memorinya sehingga ke hari ini. Menurutnya, pemilik kiriman itu licik mengaburi mata orang awam dengan menggunakan gambar selebriti untuk menggantikan dirinya sehingga membuatkan ramai tertipu pada ketika itu. "Sehinnga ke hari ni, saya masih mencari siapa yang bertanggungjawab untuk ucapan Hari Raya yang cukup legend ni. Wahai Haikal dari Osaka, Jepun, sila munculkan diri," kata netizen itu di Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dapat isteri BTS army, suami reda ‘merchandise’ K-pop penuh bilik tidur... Tapi mengadu foto kahwin hanya belakang TV! ARTIKEL BERKAITAN: Remaja reda koleksi K-pop dibakar, faham bapa orang alim tak suka hiburan... Harap netizen tenang, tetap hormat mak ayah Haikal dalam ucapannya sempat menitipkan 'salam Syawal' kepada rakyat Malaysia. "Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada keluarga saya yang berada di Kuala Lumpur dan sanak suadara. 'Tidak lupa juga kepada semua sahabat handai yang mengenali diri ini serta kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut lebaran di Osaka. Ikhlas daripada Haikal, Osaka, Jepun," katanya. Handsomenya abang Haikal ni, dengar cerita siap pakej pandai menyanyi. Tahniah diucapkan. Malaysia boleh! WARGA MAYA Dalam foto yang dikepilkan bersama ucapan itu, Haikal dilihat tersenyum manis dengan kulitnya yang cukup cerah dan rambut sedikit kemerahan, berlatar belakangkan pohon Sakura. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berasa sangsi bahawa Haikal yang mengirimkan ucapan Hari Raya itu adalah seorang jejaka Melayu. "Betul ke dia ni Haikal atau dia ni sebenarnya Danial. "Alahai gambar siapa yang Haikal main pakai ni. "Korang je yang lalai, bagi siapa yang tak tahu, Haikal ni merupakan anak Melayu yang join kumpulan penyanyi NCT dalam industri K-pop. Syabas anak muda!" kata warga maya sinis. Ternyata individu dalam gambar digunakan Haikal merupakan seorang penyanyi K-pop. Seorang lagi netizen pula mendedahkan bahawa Haikal dalam gambar itu sebenarnya adalah Moon Tae-iL atau dikenali sebagai Taeil yang merupakan ahli kumpulan penyanyi NCT. "Ya Allah, Taeil! Sejak bila kamu petah bercakap Bahasa Melayu? Siap tukar nama Haikal lagi, jadi orang Melayu terus. Jom la kita kahwin. "Handsomenya abang Haikal ni, dengar cerita siap pakej pandai menyanyi. Tahniah diucapkan. Malaysia boleh!" kata sebahagian warga maya. Ucapan hari lebaran dengan muslihat mirip yang digunakan Haikal. Warga maya lain pula mengimbas kisah hampir serupa yang daripada pelajar dari sebuah sekolah dalam filem fiksyen X-Men. "Yang ini pun legend juga, macam mana la editor surat khabar ni boleh terlepas pandang macam tu je, sampai sekarang kelakar rasa. Ini ucapan Hari Raya dia. "Salam Ramadan dan salam perantauan daripada kami pelajar perubatan Xavier's School for Gifted Youngsters, Amerika Syarikat. "Kami ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat-sahabat sejak bangku sekolah. Semoga dapat berjumpa pada lebaran kali ini," imbau netizen itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube