suria

Isteri kerja kerajaan ‘meletup’, mahu cerai lepas 20 tahun bela biawak hidup! Peguam jelas cara berpisah jika suami tak bagi kerjasama

Wanita ini memilih untuk bercerai selepas 20 tahun hidup bersama suami pemalas. -Gambar hiasan

RAMAI golongan isteri zaman sekarang menjadi ‘alat’ untuk dipergunakan para suami, sama ada sedar atau tidak.

Apatah lagi sekiranya mereka bekerja di sektor kerajaan, pastinya golongan suami mengambil kesempatan ini untuk melakukan pinjaman.

Dalam situasi yang lebih teruk, wujud juga kelompok suami yang culas dalam melaksanakan tanggungjawab kerana kedudukan kewangan isteri yang stabil dan mampu untuk menanggung keluarga.

Begitulah yang berlaku dalam sebuah keluarga seperti dikongsikan seorang Peguam Syarie, Nor Asyiqin, dalam hantaran di Facebook.

Ada suami suka bergantung hidup dengan isteri. -Gambar hiasan

Dalam postingnya itu, dia menceritakan tentang kes yang pernah dikendalikan melibatkan seorang suami yang ‘liat’ hadir ke prosiding lafaz cerai meskipun mahkamah sudah mengeluarkan perintah.

“Puan nak tahu kenapa suami tak nak lepaskan puan? Sebab puan kerja kerajaan. Puan dah tanggung hidup dia,” kata peguam syarie itu kepada si isteri.

Menurut Nor Asyiqin, selepas diselidiki, rupa-rupanya sepanjang 20 tahun berkahwin, si suami terlampau selesa hidupnya kerana segala-galanya ditanggung oleh isteri yang berkhidmat sebagai penjawat awam.

“Di dalam kes ini, isteri telah menanggung keseluruhan keperluan rumah selama hampir 20 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Buang ego selepas bercerai, sebak momen pasangan muda bersatu semula sebagai suami isteri - “Abang rujuk sayang pada nikah kita yang dahulu”

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib suami kerja ‘offshore', gaji RM50,000 pun isteri tak nak layan... Tiba-tiba minta cerai, tuntut 50 peratus harta sepencarian

“Ini termasuklah keperluan sekolah anak, barangan dapur, bil-bil utiliti, bayaran rumah dan kereta suami, perbelanjaan isteri dan anak-anak serta makan minum sekeluarga,” katanya.

Akibat terlalu lama hidup menanggung suami yang tidak bekerja, isterinya tawar hati dan mahu berpisah.

Bukan sahaja tiada kerja, malah rutin hariannya pula hanya ‘goyang kaki’ selain mempunyai tabiat mengambil barang terlarang.

Katanya, wanita ini meneruskan untuk memohon penceraian di bawah seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu berkenaan cerai secara persetujuan bersama yang kemudian akan masuk ke peringkat Hakam (Seksyen 48).

Mesti suami tak sangka hakim ada kuasa untuk jatuhkan talak.

NETIZEN

Disebabkan lelaki itu berdegil dan enggan memberikan kerjasama yang baik, prosiding itu kemudiannya beralih kepada jalan terakhir iaitu pelantikan hakam.

Apa yang berlaku ini menyebabkan kuasa melafazkan talak tidak lagi terletak di tangan suami.

“Namun mahkamah tetap mengarahkan kes berjalan sebelah pihak iaitu pelantikan jawatankuasa pendamai, hakam islah dan hakam panel berjalan sebelah pihak sahaja meskipun si suami enggan datang.

“Di dalam kes cerai secara hakam, syiqaq (perkelahian) mestilah dikenalpasti yang menjadi punca utama pihak isteri memfailkan perceraian.

“Di dalam kes ini, syiqaq yang terang dan nyata apabila si suami dengan sengaja tidak menjalankan tanggungjawabnya dan menyebabkan isteri melaksanakan tanggungjawab seorang diri sehingga menyebabkan isteri tawar hati terhadap kelakuan suami," katanya.

Dalam hantarannya, peguam ini turut menjelaskan sekiranya hakam mensabitkan syiqaq (pertengkaran) tersebut maka mahkamah akan mengarahkan hakam panel untuk melafazkan talak.

Seorang wanita memilih untuk bercerai kerana tidak tahan lagi hidup dengan suaminya. -Gambar hiasan

Meskipun suami tidak bersetuju melafazkan cerai, kuasa talaknya sudah hilang dan berpindah kepada hakam.

Dalam hantarannya ini, ramai netizen yang berang dan memberikan respons terhadap sikap suami kepada wanita kurang bernasib baik itu.

“Dah terlampau selesa menjadi 'biawak'.

“Mesti suami tak sangka hakim ada kuasa untuk jatuhkan talak.

“Mungkin dia bertahan sampai 20 tahun sebab anak-anak masih kecil dan bersekolah. Sekarang anak-anak dah bersekolah. Ini peluang dia ‘meletup’,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain