SESEORANG individu tidak seharusnya dihakimi hanya berdasarkan penampilan luaran semata-mata. Namun perkara itu sering terjadi dalam masyarakat termasuk kepada seorang lelaki yang berpakaian selekeh ketika dia masuk ke bank untuk membuka akaun simpanan. Dia mendakwa tidak dibenarkan membuka akaun simpanan di bank gara-gara penampilannya itu. "Hari tu saya ke bank nak buka akaun simpanan pakai baju pergi pasar, ada la koyak sikit baju. Pegawai bank kata tak boleh buka akaun sebab takut saya keldai akaun. "Saya kata saya bukan keldai. Saya manusia, tengok saya berdiri dua kaki dan saya boleh bercakap dengan tuan makna saya bukan keldai," tulisnya meluahkan kekecewaan di grup Facebook. Sebagai makluman, terma 'keldai akaun' merujuk kepada jenayah penipuan terhadap mangsa yang sanggup menyerahkan kad ATM serta nombor pin kepada individu lain dan akaun tersebut akan digunakan untuk tujuan jenayah. Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan tidak terpedaya terhadap sebarang bentuk penipuan. -Gambar hiasan FAIHAN GHANI/The Star Modus operandi yang digunakan sindiket adalah dengan meminta keldai akaun (mangsa) membuka akaun bank untuk disewa atau dijual dengan alasan untuk urusan perniagaan atau 'cuci duit' judi dalam talian. Bercerita lanjut tentang hal itu, lelaki itu mendakwa dia diminta pulang ke rumah untuk mengambil bil utiliti seperti elektrik namun permintaan tersebut dipersoalkannya. "Nak bil buat apa, saya bukan suruh dia bayar? Selepas tu dia tetap tak bagi buka akaun simpanan," katanya pulang dengan hampa. ARTIKEL BERKAITAN: Kerjaya mudah gadis tempatan... Pelanggan 'bank-in' RM80, dengar suara ghairah 20 minit di telefon ARTIKEL BERKAITAN: "Kami suri rumah pun ada maruah" - Wanita bengang tak boleh buka akaun bank setelah tunggu 2 jam, syarat berubah tiba-tiba Enggan berputus asa, lelaki itu kembali ke bank yang sama namun kali ini dia menukar penampilan yang jauh lebih kemas. "Saya balik tak ambil bil, saya balik mandi lepas tu pakai blazer dan sikat rambut comel-comel," katanya tanpa mendedahkan bank yang dikunjunginya. Sekembalinya ke bank tersebut, dengan berpakaian kemas ala T20 dia meminta untuk berjumpa dengan pengurus cawangan. "Pengurus cawangan setuju jumpa saya... saya mengadu nama pegawai sekian, selepas itu saya berjaya buka akaun hari itu juga. "Yang paling best, daripada gelaran encik terus bertukar jadi tuan sebab saya tukar baju sahaja. Orang kata jangan menilai buku daripada kulit tapi manusia menilai orang berdasarkan rupa paras dan baju," katanya. Pakai la baju apa pun, janji sopan, janji bukan berbogel. Tak ada siapa nak judge melainkan diri sendiri yang terasa. NETIZEN Di ruangan komen, dia berulang kali memaklumkan kejadian pada Jumaat lalu benar-benar berlaku dan dia merupakan pegawai kerajaan. Walau tidak dipastikan kesahihan perkongsian ceritanya, rata-rata netizen menegur sikap lelaki itu yang tidak bersikap profesional dan enggan mengikut prosedur. Seorang lelaki tampil berpenampilan blazer. -Gambar hiasan Freepik Hasil semakan di laman web sebuah bank mendapati terdapat keperluan mengemukakan salinan bil utiliti untuk pengesahan alamat selain kad pengenalan dan deposit pengenalan. "Memang la syarat buka akaun antaranya ada bil-bil di bawah nama kita. Kau pula berlagak seolah mangsa keadaan. Nanti bank tegas tapis scammer, kau juga marah. "Ada bagusnya bank buat macam tu. Sekarang scammer berleluasa. Ramai juga yang jadi keldai akaun. Buka akaun untuk orang lain guna kad mereka. "Baju tu bukan masalah pun. Pakai la baju apa pun, janji sopan, janji bukan berbogel. Tak ada siapa nak judge melainkan diri sendiri yang terasa. "Kalau dah tahu nak buka akaun, benda penting kan. Ingatlah, tak kisah mana-mana bank pun kat Malaysia, tengok alamat kad pengenalan sama tak dengan alamat yang awak tinggal sekarang. "Kalau tak sama bawa la bil utiliti yang boleh menyokong. Mereka tak kejam, asalkan kita ikut prosedur," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube