suria

Masuk dapur tak pakai baju, abang badan ketak-ketak tunjuk ‘skill’ memasak... Ramai berselera, tapi ‘kenyang’ jamu mata

Aksi Eizrul yang tidak berbaju dan hanya mengenakan apron ketika memasak jadi bualan netizen.

VIDEO memaparkan tiga jejaka sado yang hanya mengenakan apron ketika memasak meraih perhatian ramai di media sosial.

Aksi memasak salmon, ayam dan telur yang mengumpul lebih 30,000 tontonan itu turut dihujani hampir 200 komen termasuklah usikan nakal terhadap tiga jejaka berkenaan.

"Saya tak tahu nak tengok yang mana satu. Aku tengok cef je dah kenyang

e2

Tiga jejaka ini bergandingan menghasilkan video masakan sihat di aplikasi TikTok.

"Saya tak boleh fokus makanan sebab nampak 'sesuatu' yang lebih enak.

"Nak makan pun berselera ni... sangat menyelerakan," tulis beberapa netizen.

Bercakap kepada mStar, Eizrul Anuar, 25, yang juga 'watak utama' dalam rakaman itu mendedahkan dia sememangnya terlibat dalam sukan bina badan.

Saya buat video sekadar nak berkongsi yang memasak makanan sihat ini tak susah.

EIZRUL ANUAR

Tambahnya, dua lagi pemuda yang bergandingan dengannya dalam video tular itu merupakan atlet USN, sebuah syarikat berkaitan makanan tambahan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bersih, cukur semua” - Beli durian, belanja badan! Abang sado memang nak undang reaksi orang ramai

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kacak, sado jual takoyaki jadi tumpuan di Kelana Jaya... Dulu ‘introvert’, kini sakan buat content TikTok

"Saya cuma nak tunjuk video masakan yang ringkas tapi sedap. Dalam video viral itu, saya perasan ada komen-komen usikan terhadap kami bertiga.

"Kami memang sengaja pakai apron macam tu. Bagi nampak kelakar, sado tapi apron comel," ujarnya.

Menurut Eizrul, dia juga tidak kisah menerima kecaman, sebaliknya berharap mesej tentang gaya hidup sihat dapat disampaikan kepada masyarakat di negara ini.

"Saya buat video sekadar nak berkongsi yang memasak makanan sihat ini tak susah. Sebab sekarang ramai yang obesiti. Orang juga anggap masakan sihat ini mahal.

e3

Eizrul ketika menyertai sebuah pertandingan baru-baru ini.

"Memang betul ia agak mahal berbanding makanan tak sihat. Tapi kalau kita pandai olah, guna bahan yang ringkas, InsyaAllah harganya tak mahal. Kalau hari-hari makan salmon memang mahal.

"Apabila buat video tu, biasalah kalau ada kecaman. Dalam mana-mana industri pun ada. Memang pernah juga berdepan kecaman. Ada orang kata mereka yang sado ni bernafsu songsang dan sebagainya," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai pencapaiannya dalam sukan bina badan, Eizrul berkata dia pernah tersenarai dalam top 5 menerusi sebuah pertandingan bina badan pada tahun 2019.

e5

Eizrul sedang membuat persiapan untuk pertandingan seterusnya tidak lama lagi.

Baru-baru ini, dia meraih tempat ketiga dalam pertandingan Strong Men Penang 2023, sekali gus memberi inspirasi untuknya terus pergi lebih jauh dalam bidang tersebut.

"Di kesempatan ini, saya juga nak ucap terima kasih kepada coach saya iaitu Luqman Zaherrudin dan Nagentheran Prataba Singam. Bagi mereka yang nak sertai bidang ini, yang paling penting adalah disiplin.

"Nak buat badan bukan senang. Korban masa, tenaga dan wang. Kita kena ubah mindset dan kena buat dengan bersungguh-sungguh," ujarnya mengakhiri bicara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain