suria

Power Rangers tak patuh syariah tunggang RXZ di Terengganu, pakai kostum nampak bonjol! ‘Leng chai’ tak sangka orang salah fokus

Kee (kostum merah) dan rakamnya menjadi perhatian kerana 'photoshoot' dengan mengenakan kostum Power Rangers.

SIRI rancangan televisyen adiwira popular, Power Rangers sememangnya bukan sahaja dekat di hati kanak-kanak, malah turut digemari golongan dewasa.

Disebabkan minat terhadap watak superhero tersebut, dua pemuda tampil mengenakan kostum, masing-masing berwarna merah dan kuning sambil beraksi menunggang motosikal model RXZ di Kuala Berang, Terengganu.

Kelibat mereka ternyata menarik perhatian orang awam malah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok turut menjadi tular gara-gara kelihatan sedikit 'seksi'.

pr front

Kee tidak menyangka idea mengenakan kostum Power Rangers mendapat perhatian ramai.

Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda bernama Wong Wei Kee berkata rakaman video tersebut adalah sebahagian daripada penggambaran (photoshoot) yang dilakukan baru-baru ini untuk kandungan (content) bagi mempromosikan kedainya.

"Saya ada kedai yang menjual alat ganti kenderaan di Kuala Berang. Sekarang ini memang ramai yang gunakan platform media sosial untuk perkenalkan bisnes masing-masing.

"Target saya hasilkan video berkenaan adalah untuk perkenalkan kedai kepada orang luar. Sebenarnya idea untuk pakai kostum Power Rangers adalah cetusan bersama dua rakan yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Panas tapi puas! Pasangan ini habiskan hampir RM2,000 beli kostum Power Rangers nak pergi cucuk vaksin - “Malu, pakai helmet tak nampak muka”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda menangis di sebalik kostum Mickey Mouse lihat sahabat terpisah 25 tahun depan mata - “Nenek Raja bantai kami dengan getah paip”

"Kami pilih Power Rangers sebab semua peringkat usia kenal dan saya pun minat watak tersebut. Jadi kami gabungkan dengan RXZ yang juga mempunyai peminat tersendiri.

"Rakan saya yang pakai kostum kuning juga ada kedai alat ganti kenderaan. Jadi kami suka-suka saja buat content untuk tujuan marketing," ujar pemuda yang berasal dari Marang, Terengganu ini.

pr 2

Kee (kiri) berkata idea mengenakan kostum Power Rangers adalah cetusan bersama dua rakannya.

Senang dikenali sebagai Kee, pemuda berusia 27 tahun ini berkata, dia dan rakannya turut disapa orang awam yang teruja melihat kelibat dua anggota Power Rangers menunggang motosikal.

"Masa shooting tu, ada yang datang dekat-dekat... kita pula nak fokus. Terasa macam melayan peminat pula," ujarnya berseloroh.

Walaupun saya berbangsa Cina tapi tetap kena jaga sensitiviti. Lagi pula di Terengganu.

WONG WEI KEE

Tambah pemuda ini, dia sama sekali tidak menyangka content tersebut mengundang perhatian warga maya dengan ada segelintir daripadanya memberi teguran mengenai kostum Power Rangers yang dipakai agak ketat dan sedikit seksi.

"Apabila siarkan di media sosial, semua boleh komen. Tapi sebagai orang yang meniaga, kita tahu apa tujuan sesebuah content dihasilkan.

"Kebanyakannya berseloroh dan beri komen lucu tapi ada juga komen yang macam over sedikit. Saya jawab, nanti kami akan perbaiki apabila buat content masa akan datang.

"Iyalah, walaupun saya berbangsa Cina tapi tetap kena jaga sensitiviti. Lagi pula di Terengganu.

pr 1

Kee (dua, kiri) bersama rakan-rakan yang turut meminati motosikal model RXZ.

"Kalau komen yang mengarut, memang saya tak layan. Nak balas komen mengarut tu membazir masa saja," ujarnya.

Kee yang mewarisi perniagaan alat ganti kenderaan daripada bapanya berkata, dia tidak kecil hati malah menganggap komen yang diberikan sebagai pandangan serta nasihat.

Untuk rekod, video yang dimuat naik oleh Kee di TikTok meraih lebih 90,000 jumlah tontonan sehingga kini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain