suria

Air mata abah tumpah di pusara, pedih kematian kucing kesayangan... Momen relaikan tanah halus-halus paling sentuh perasaan

Seorang bapa kelihatan sedih ketika mengebumikan kucing kesayangannya.

KEMATIAN binatang peliharaan merupakan satu mimpi buruk bagi mana-mana pencinta haiwan.

Kesedihan yang dilalui sukar digambarkan dengan kata-kata.

Begitulah nasib yang menimpa seorang bapa apabila kucing kesayangannya 'pergi' buat selama-lamanya.

Momen lelaki berkenaan gagal menahan sebak ketika mengebumikan bangkai kucingnya yang bernama Louis dikongsikan pengguna TikTok Mattop_55,

Louis kelihatan begitu manja ketika bermain dengan si bapa.

"Kucing kesayangan abah mati. Abah banyak kali minta maaf sambil kebumi Louis.

"Louis tunggu abah dekat sana untuk iring ke syurga okay," tulis lelaki itu dalam video memperlihatkan bapanya berkali-kali mengesat air mata.

Turut kedengaran suara tangisan teresak-esak beberapa individu lain dipercayai ahli keluarga mereka ketika menanam Louis.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita meraung 2 ekor kucing mati serentak! Seekor dalam perut ular sawa, satu lagi kena belit... Masih trauma dekati sangkar si bulus

ARTIKEL BERKAITAN: “Setiap hari saya tunggu...” - Lima kucing ghaib dalam masa seminggu, wanita syak ada sesuatu yang tak kena

"Doakan abah Loius ya," kedengaran sayup-sayup suara si bapa dalam video.

Sementara itu kata Mattop, kematian Louis tidak dapat dikenal pasti namun lidahnya dikatakan bertukar biru dan nafasnya menjadi laju secara tiba-tiba.

Atas nasihat doktor, mereka membawa si bulus mendapatkan rawatan di klinik namun tidak sempat diselamatkan kerana Louis mati ketika dalam perjalanan.

Balik masjid lepas selesai solat Subuh, Louis merupakan yang pertama sambut kepulangan abah.

MATTOP

Berkongsi lanjut tentang hubungan bapanya dengan kucing peliharaan itu, Mattop berkata haiwan itu menjadi peneman setia dan penghibur mereka di rumah.

"Louis selalu cari abah. Abah balik masjid lepas selesai solat Subuh, Louis merupakan yang pertama sambut kepulangan abah," katanya dalam video tersebut.

Untuk rekod, video tersebut meraih lebih 1.5 juta jumlah tontonan setelah dimuat naik di TikTok.

Komen netizen di TikTok.

Jika diteliti pada ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih dan bersimpati dengan kehilangan Louis.

Malah mereka turut tersentuh dengan momen ketika si bapa mengebumikan kucing berkenaan.

"Abah relaikan pasir halus-halus supaya tak sakit timpa badan dia (Louis). Sumpah tak kuat kalau bab kucing.

"Manja sangat dengan abah dia. Patutlah sedih sangat rupanya rapat betul.

"Sakit kehilangan kucing ni Allah je tahu," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain