suria

Lepas Good Vibes Festival batal, band lagu ‘Mariposa’ ajak siswa UiTM lepak makan-makan di Jalan Alor... DM Instagram je, terus reply!

Izzuddin (tengah) teruja dapat bertemu Peach Tree Rascals secara peribadi.

KEKECEWAAN seorang pemuda setelah konsert Good Vibes Festival (GVF) dibatalkan terubat apabila dia akhirnya dapat bertemu secara peribadi dengan kumpulan muzik indie dari Amerika Syarikat, Peach Tree Rascals (PTR).

Lebih indah, Tuan Izzuddin Al-Qassam Tuan Zainuddin, 22, sempat menikmati makan malam bersama anggota kumpulan yang terkenal dengan lagu Mariposa itu di Jalan Alor, Kuala Lumpur.

Ujarnya yang sudah meminati kumpulan PTR sejak 2020 kerana kena dengan ‘selera’ muzik indie, dia begitu teruja apabila pertemuan pada 23 Julai baru-baru ini berjalan lancar.

Perbualan Izzuddin dan Tarrek di Instagram.

“Sebelum ni saya memang sering berbalas mesej di Instagram dengan salah seorang ahli kumpulan PTR, Tarrek. Dia memang tak sabar nak jumpa dengan peminat di Malaysia buat kali pertama.

“Selepas tahu yang GVF dibatalkan, saya sedih dan terus DM (direct message) Tarrek yang pada ketika itu ada di Indonesia tengah perform We The Fest. Saya nak tahu mereka masih akan datang ke Malaysia atau tak.

“Rupanya petang Ahad tu Tarrek balas DM saya dan beritahu dia baru mendarat di Malaysia. Disebabkan GVF batal, mereka free pada malam itu jadi dia mengajak saya untuk dinner bersama di Jalan Alor,” katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina undang-undang LGBT Malaysia, cium pemain bass di atas pentas... konsert The 1975 di Sepang dihentikan

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat K-Pop terjerit-jerit teruja jumpa ‘idol’ depan mata, tapi ‘potong mood’ makcik Rela buat muka... Siap halang nak bergambar!

Tanpa berfikir panjang, bakal graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu terus bersiap dan menempah e-Hailing daripada kolejnya di Puncak Alam, Selangor yang memakan masa sekitar satu jam untuk tiba di Jalan Alor.

Menganggap ia sebagai satu peluang keemasan, Izzuddin menggunakan kesempatan yang ada dengan memperkenalkan pelbagai makanan istimewa di Jalan Alor kepada PTR.

Malah, ujar pemuda berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu dia terharu apabila salah seorang ahli kumpulan PTR iaitu Dominic Pizano membelanja mereka makan ais krim berperisa kelapa dan durian.

Ahli kumpulan PTR mencuba pelbagai jenis makanan di Jalan Alor.

“Mereka janji untuk bertemu pada pukul 10 malam bersama beberapa peminat lain di tengah-tengah Jalan Alor. Kami lepak dan berbual di kedai Mee Tarik.

“Selain tu saya cadangkan mereka makan dim sum, pulut mangga, daging wagyu dan durian. Bagi mereka durian ni rasa pelik tapi sedap sebab manis dan berlemak.

“Saya ambil kesempatan ni untuk lakukan tarian lagu Mariposa yang pernah popular di TikTok suatu ketika dulu ketika dilanda Covid-19. Masa tu saya seolah-olah bersama ‘kawan karib’ yang sudah lama tak berjumpa,” katanya lagi.

Impian lihat mereka buat persembahan secara langsung sudah melebihi jangkaan, saya jumpa secara depan-depan dan makan semeja.

MOHD IZZUDDIN AL-QASSAM

Ujarnya yang bakal menamatkan pengajian dalam pengajian Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Pelancongan (Kepujian) pada Ogos, perjumpaan itu bagaikan hadiah paling bermakna baginya.

“Majlis konvokesyen saya akan berlangsung pada Ogos, jadi inilah hadiah saya yang sebenar. Impian untuk lihat mereka buat persembahan secara langsung sudah melebihi jangkaan sebab boleh berjumpa secara depan-depan dan makan semeja.

“Selain makan, menyanyi... kami sempat berkongsi kisah hidup. Mereka janji nak datang semula sebab tak puas jalan-jalan di Malaysia disebabkan perlu terbang ke Manila. Ada show terakhir jadi mereka tak dapat melawat banyak tempat.

Headphone milik Izzuddin ditanda tangan oleh kumpulan PTR.

“Sebelum berpisah saya minta mereka tanda tangan pada headphone peribadi saya. Sebagai tanda terima kasih untuk malam penuh berharga itu, saya bagi shades (kaca mata hitam) kepada Tarrek untuk dia pakai pada show mereka seterusnya,” ujarnya lagi.

Selain itu, kumpulan PTR juga memenuhi permintaan Izzuddin untuk membuat video ucapan kepada pelajar-pelajar UiTM yang bakal menduduki peperiksaan pada minggu ini yang tular selepas dimuat naik di TikTok.

Dalam pada itu, Izzudin turut meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan biadab vokalis The 1975, Matty Healy hingga menyebabkan dia dan peminat lain terpaksa menanggung kerugian setelah membeli tiket untuk menonton GVF.

Shades milik Izzuddin diberikan kepada Tarrek sebagai kenangan.

“Saya beli tiket general pass selama tiga hari untuk GVF. Selain PTR, saya nak tengok Sabrina Carpenter, The Kid Laroi, Alexander 23 dan Daniel Caesar secara langsung... memang agak kecewa apabila konsert dibatalkan.

“Pandangan saya tentang The 1975... sebagai seorang penyanyi mereka seharusnya menghormati sensitiviti masyarakat dan peminat terutamanya di Malaysia yang hidup dalam pelbagai kaum.

“Bak kata pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. When in Rome, do as Romans do,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain