suria

Isteri masuk hospital, suami kerja unit saji makanan beri layanan padu! Romantik luar biasa, siap beli patung Doraemon

Suami Shima bukan sahaja menghantar makanan, malah membuat kejutan istimewa di wad.

BERHARI-HARI terlantar di hospital sudah tentu amat menyedihkan, tambahan pula terpaksa berjauhan dengan orang tersayang.

Namun, kesedihan seorang wanita bagaikan terubat dengan kehadiran suami yang menghantar makanan terus ke katil di wad.

Menerusi video yang tular, si suami hadir bukan sebagai pelawat, tetapi kakitangan di hospital yang bertugas untuk menghantar makanan kepada pesakit.

Berkongsi cerita kepada mStar, wanita berkenaan, Norhashima Hamzah berkata, dia dimasukkan ke hospital selama 10 hari kerana penyakit asma.

Mesra disapa Shima, jelasnya, lelaki di dalam video itu merupakan suaminya yang bertugas di unit sajian dan dietetik di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

“Sepanjang di wad, saya banyak berehat, diberi rawatan dan makan ubat. Suami pernah datang hantar makanan tapi saya tidur, dan dia pun tak nak ganggu saya berehat.

“Saya hanya tahu selepas dapat mesej daripada suami, memang frust sebab tak tengok depan-depan. Tapi masa rakaman tu, saya terjaga dan giliran dia bertugas hantar ke wad saya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Shima (kanan) dan suami mendirikan rumah tangga pada 2021.

Shima yang berusia 30 tahun tidak dapat menahan rasa teruja apabila suami sendiri, Mohd Khairul Jazli Mohd Jaiz, 30, yang bertugas menghantar makanan ke katilnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua minggu isteri masuk wad, suami datang bawa makanan sedap-sedap... Rupanya ada agenda! “Dia nak balun nasi hospital”

ARTIKEL BERKAITAN: Masa bercinta bukan main garang, lepas kahwin tiba-tiba suami jadi sweet! Wanita ini bikin netizen cemburu, doa dapat jodoh sama sifat

“Saya pernah dimasukkan ke hospital pada 2021 tetapi disebabkan ketika itu terikat dengan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kerana pandemik Covid-19, jadi suami hanya boleh hantar makanan melalui pengawal keselamatan.

“Suami baru bekerja di hospital ini kira-kira tiga bulan lalu. Rezeki saya apabila suami sendiri hantar makanan yang disediakan pihak hospital,” ujarnya yang berasal dari Kuala Nerus, Terengganu.

Di luar waktu kerja, suami setia menemani isteri di wad.

Mendirikan rumah tangga pada 2021, Shima bagaimanapun mengakui suaminya bukanlah seorang yang romantik.

“Suami saya tak romantik. Kalau birthday saya, kek pun saya sendiri yang beli. Tapi kali ini sikap suami amat berlainan sekali.

Sikap suami yang penyabar dan penyayang juga menjadi ‘ubat’ buat saya.

NORHASHIMA HAMZAH

“Hantar makanan tu memang tugas suami, tapi dia kerap datang menjenguk keadaan saya apabila ada masa terluang dan selepas tamat waktu bekerja.

“Paling terkejut apabila dia siap bagi surprise hadiah berupa anak patung, madu dan makanan. Luar biasa romantik dia, saya betul-betul rasa terharu,” katanya yang berkhidmat sebagai jururawat pergigian.

Shima menyifatkan suaminya penyayang dan penyabar.

Shima yang menghidap penyakit asma sejak usia kanak-kanak berkata keadaan kesihatannya semakin kronik sejak awal tahun ini namun reda dengan ujian Allah.

“Allah nak uji kami. Suami bukan romantik, tapi dia peramah, sangat penyabar dan sering mengambil berat.

“Saya ada cakap andai kata ini kali terakhir dia jaga saya, rakaman video di hospital ni boleh dijadikan sebagai kenangan. Jika jodoh kami panjang, Alhamdulillah.

“Suami nasihat saya untuk terus kuatkan semangat, jangan terlalu berfikir sampai sakit. Sikap penyabar dan penyayang dia itu juga menjadi ‘ubat’ buat saya,” katanya yang kini turut mengharapkan sumbangan orang ramai untuk membeli mesin penumpu oksigen bagi kegunaan di rumah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain