suria

Anjing liar lepas geram, banyak kereta jadi mangsa! Tengok corak calar, terbayang diri digigit - “Kuatnya gigi dia gigit besi”

Kereta juga tidak terlepas dari menjadi mangsa gigitan anjing liar.

KEROSAKAN pada kereta boleh berlaku kerana pelbagai sebab seperti kemalangan jalan raya dan kecuaian diri.

Namun begitu, melalui satu pendedahan di Facebook, rata-rata warga maya tergamam apabila mengetahui calar-balar pada kereta juga boleh terjadi angkara haiwan.

Pada mulanya, seorang lelaki dilihat bertanyakan soalan dalam satu grup Facebook tentang mengapa sebuah kereta yang ditemuinya mempunyai corak kesan calar yang aneh.

Perkongsian asal di Facebook.

"Hello semua, saya sedang berhenti di lampu isyarat dan ternampak kereta di sebelah saya ni ada kesan calar di badannya dekat tayar belakang.

"Kesan calarnya saya lihat sedikit pelik dari yang biasa saya jumpa. Apa yang boleh menyebabkan corak kerosakan macam ni ya?" soal lelaki itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berkata kesan calar sebegitu boleh berlaku kerana gigitan seekor atau sekumpulan anjing liar.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Melayu suap makan, belai-belai manja anjing tahan kena maki... Tak sampai hati tengok haiwan jalanan kebulur

ARTIKEL BERKAITAN: Sekumpulan lelaki hayun kayu, bergilir-gilir belasah anjing tempang sampai mati... Siap pesan jangan rakam dan ‘post’ di media sosial

"Ini sebab adegan anjing mengejar kucing, tupai atau tikus. Bila mereka ni lari masuk bawah kereta untuk bersembunyi dari anjing, anjing ni akan gigit kereta sebab nak lepas geram.

"Betul, perkara yang sama terjadi dengan saya dan 10 lagi kereta di kawasan perumahan saya ni. Semuanya sebab anjing nakal, habis melayang duit.

"Tepat sekali, kereta di rumah saya jadi mangsa gigitan sekumpulan anjing liar, jadi macam tu sebab mereka nak kejar seekor anak kucing yang bersembunyi di dalam ruang enjin kereta saya.

Wajar untuk anjing-anjing liar dihapuskan, kalau kena macam ni dekat kereta aku memang hilang terus rasa kemanusiaan aku.

WARGA MAYA

"Ya betul, saya sendiri pernah nampak depan mata saya, ganas betul ya mereka (anjing) ni, komited sampai sanggup gigit kereta sebab nak dapatkan kucing atau tikus," kata sebahagian warga maya.

Tidak kurang juga ada netizen yang seperti sukar untuk percaya dengan pendedahan tersebut.

"Aku ingat melawak je cakap anjing gigit. Rupanya kisah benar. Bila tengok gambar baru aku percaya.

Warga maya turut berkongsikan kesan gigitan anjing liar yang ada pada kereta mereka.

"Kuatnya gigi anjing tu gigit besi, tak patah ke? Seramnya kalau mereka tiba-tiba kejar nak gigit manusia.

"Kerosakan ni boleh ke kita nak claim dekat persatuan pencinta haiwan? Tak hairan la kenapa ada yang sanggup racun anjing-anjing liar ni.

"Wajar untuk anjing-anjing liar dihapuskan, kalau kena macam ni dekat kereta aku memang hilang terus rasa kemanusiaan aku," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain