JANGANKAN nak datang dekat, tengok di depan mata pun belum tentu berani. Mungkin itu tanggapan pertama bagi kebanyakan orang sekiranya bertemu dengan ular sawa. Namun menerusi video yang tular, seorang pemuda berani menarik seekor ular sawa bersaiz besar di tengah jalan, bahkan dilihat ‘bermain’ dengan reptilia itu dalam kegelapan malam. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita kepada mStar, Muhammad Azrul William memberitahu, video yang baru dimuat naik di TikTok itu sebenar merupakan kejadian yang berlaku pada Januari lalu. Pada masa itu pemuda berusia 27 tahun berkenaan sedang menunggang motosikal bersendirian dari Padang Jawa ke Seksyen 13 di Shah Alam, Selangor untuk ke rumah rakannya. “Masa tu sekitar pukul 12 tengah malam, kira-kira 500 meter nak sampai tempat kawan tu saya nampak ada sebuah kereta berhenti kat tengah jalan. “Rupa-rupanya depan kereta tu ada ular nak melintas jalan dari kawasan perumahan menghala ke padang golf. Mula-mula tengok ular tu warnanya cantik dan corak batik, panjangnya antara lima hingga enam meter. “Akak yang pandu kereta tu takut-takut nak lalu, tapi saya yakinkan dia untuk terus pandu laju dan tutup semua tingkap masa melintasi ular tu. Kemudian saya nampak ular tu berpatah balik ke longkang menghala ke kawasan perumahan,” katanya ketika dihubungi mStar. Seekor ular sawa cuba memasuki kawasan perumahan. Cerita pemuda itu lagi, kemudian ada kereta lain berhenti dengan dua lelaki di dalamnya menyuarakan kebimbangan sekiranya ular sawa itu kembali ke kawasan perumahan. Tidak pasti sama ada terdapat pengawal keselamatan berdekatan lokasi kejadian, dia yang berasal dari Tuaran, Sabah berkata, mereka membuat keputusan untuk menghubungi bomba. Saya tak takut pegang ular tu. Hanya cemas apabila ular tu nak patah balik ke kawasan perumahan sebab bimbang ia bertelur di sana. MUHAMMAD AZRUL WILLIAM “Bomba kata tunggu sampai mereka datang, jadi saya tanya kat abang tu nak tangkap ke bang? Saya pun terfikir dengan pegang hujung ekor ular dan tarik keluar dari longkang. “Abang dua orang tu tak berani nak tarik sebab geli. Jadi apabila ular tu kembali di atas jalan, saya telefon kawan untuk datang ke lokasi dan bawa tali untuk ikat sementara bomba datang,” ujar anak kedua daripada lima beradik itu. Kemunculan ular sawa di tengah jalan pada waktu malam. Bagaimanapun rakannya tidak mempunyai tali menyebabkan dia terpaksa menarik ekor ular sawa tu apabila ia cuba kembali ke dalam longkang. ARTIKEL BERKAITAN: Alamak, tak matilah! Dua sahabat lari lintang pukang selepas ‘acah berani’ tarik ular sawa kekenyangan - “Kami excited dapat tengok depan mata” ARTIKEL BERKAITAN: Nak tinjau kapal karam, tiba-tiba ular laut paling berbisa di dunia lalu depan mata... Nampak ‘mesra’ tapi ancam nyawa! “Saya cuba tahan kepala ular tu dengan pelepah tapi lembut dan tak keras, ular tu mudah bergerak. Jadi saya buat keputusan untuk pegang hujung ekor supaya ia tak lari. “Apabila ular tu pusing kepala macam nak patuk, saya pun lari pusing-pusing sambil tarik ekor. Apabila dah penat, saya lepaskan dan sambung tarik,” katanya sambil menambah tujuan dia menarik ular tersebut bagi melengahkan masa dan mengelakkan ia masuk ke kawasan perumahan sementara menunggu ketibaan bomba. Muhammad Azrul mengakui sudah biasa memegang ular. Menurut pemuda yang bertugas sebagai mekanik itu, dia sebenarnya sudah biasa memegang ular kerana berpengalaman menangkap reptilia itu yang menceroboh masuk kawasan rumah. “Saya tinggal di kawasan pedalaman, kampung jauh dengan pekan jadi ambil masa kalau pihak yang berkenaan datang untuk tangkap ular. “Saya tak takut pegang ular tu. Hanya cemas apabila ular tu nak patah balik ke kawasan perumahan sebab bimbang ia bertelur di sana. “Dah la masa tu perut ular tu besar, nampak macam kenyang tapi tak tahu makan atau telan apa,” katanya lagi sambil menambah reptilia itu kemudian dibawa pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube