suria

Pakcik block kereta, pemuda sanggup tunggu tak tergamak suruh alih! Lewat masuk kerja tapi dapat nikmat lain - “Saya tengok dari reverse camera”

Kereta Muhamad Zamzam dihalang oleh kenderaan milik seorang warga emas yang ketika itu sedang makan.

ADA ungkapan mengatakan, jika kita memudahkan urusan orang lain, pasti urusan kita akan dipermudahkan kelak.

Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan warga emas, sudah pasti hati kita mudah tersentuh dan sensitif.

Demikian kisah yang dikongsikan oleh seorang pemuda mengenai pertemuannya dengan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 60an, baru-baru ini.

Menurut Muhamad Zamzam, lelaki tua berkenaan memarkir kenderaannya secara 'double park', sekali gus menghalang keretanya di tapak parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

"Awal pagi Ahad lalu, saya dan isteri bawa anak ketiga kami yang berusia enam bulan untuk rawatan susulan sebab sebelum ini ada demam kuning dan selsema teruk.

"Selepas selesai dan nak pulang sekitar pukul 9.30 pagi, kami masuk ke dalam kereta. Kiranya nak balik cepat sebab saya kena bekerja pukul 10 pagi.

"Saya tak perasan pakcik tu duduk dalam kereta dia waktu tu. Masa nak undur, saya bunyikan hon sekali tapi mungkin pakcik tu tak dengar. Jadi saya pun keluar untuk mintanya alihkan kereta," cerita lelaki berusia 27 tahun itu.

block 2

Muhamad Zamzam menunggu warga emas berkenaan selesai makan untuk mengalihkan keretanya.

Namun sebaik sahaja melangkah menuju ke kereta Perodua Kancil milik lelaki tua berkenaan, apa yang dilihat benar-benar menyentuh nalurinya sehingga dia tergamam.

"Saya nampak pakcik tu tengah menyuap nasi ke mulut. Dia tengah makan seorang diri nasi putih berlaukkan ikan kembung goreng. Nampak gaya, dia bukanlah orang senang. Serta merta teringatkan dekat arwah ayah.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kiriman Tuhan bongkar kisah makcik nasi lemak kena scam... Pemuda tergamak minta RM100, konon nak belikan payung niaga

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda acah nak pinjam RM1, nenek penjual tisu cepat-cepat buka tabung nak tolong... Eh, tak sangka dapat pula duit raya RM500!

"Sempat saya bertanya serba sikit. Katanya, isteri dan anaknya dalam hospital. Dari malam tadi dia tunggu sebab tak dapat wad. Pastinya dia letih dan baru sempat jamah makanan.

"Terus tak jadi minta pakcik tu alihkan kereta. Saya suruh dia makan dulu. Masa masuk kereta semula, saya tengok pakcik tu tengah makan dari 'reverse camera'... macam-macam perasaan.

"Tak lama kemudian pakcik tu beritahu dah siap makan dan nak alihkan keretanya," cerita bapa kepada tiga cahaya mata ini lagi.

Nampak gaya, dia bukanlah orang senang. Serta merta teringatkan dekat arwah ayah.

MUHAMAD ZAMZAM

Tambah Muhamad Zamzam, walaupun terlewat 20 minit untuk ke tempat kerja kerana insiden yang tidak disangka itu, namun tiada sekelumit pun rasa kesal menyelubungi hatinya.

"Malah saya lebih daripada gembira... saya fikir InsyaAllah pasti ada balasan yang baik di kemudian hari.

"Lagi pula hari itu, doktor sahkan anak saya sihat sepenuhnya. Jadi, dua perkara itu sudah cukup buat saya bersyukur," katanya lagi.

komen block

Rata-rata netizen memuji tindakan Muhamad Zamzam.

Tidak menyangka perkongsiannya menyentuh hati warga maya, lelaki ini berkata dia sekadar mahu mengabadikan momen tersebut sebagai kenangan untuk tatapan sendiri.

"Terkejut bila tengok jumlah tontonan keesokannya. Apa pun, saya berterima kasih dan terharu sangat apabila netizen mendoakan yang baik-baik untuk saya dan pakcik itu.

"Apa yang boleh saya katakan, banyakkan bersabar lagi-lagi kalau menghadap rezeki, buat baik dan mudahkanlah urusan orang lain. Tak rugi pun berbuat baik sesama insan," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain