KEMAJUAN teknologi boleh memberi ancaman kepada peluang pekerjaan. Majikan pastinya giat mencari alternatif untuk memotong kos dengan menggunakan mesin dan teknologi pengkomputeran bagi menggantikan manusia. Mesin tidak mempunyai batasan seperti keletihan dan peluang untuk membuat kesilapan, sekali gus produktiviti syarikat akan meningkat dan meraih lebih untung. Mata pencarian yang kukuh adalah penting untuk menyara kehidupan seseorang. -Gambar hiasan Freepik Namun, di sebalik hakikat ini sudah pasti ada golongan yang tertindas atau merasai kesan buruknya. Seorang lelaki menceritakan bagaimana rakannya yang merupakan seorang pereka grafik kini menganggur kerana pekerjaannya dicuri oleh 'robot'. "Member aku dulu designer, sekarang dah kena buang kerja. Dia cakap pekerjaan designer dah tak relevan, sekarang orang dah tak bayar mahal-mahal. ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja pejabat, balik rumah asyik nak ‘membuta’ sampai senja... Minta jaga anak berkira, rupanya sakan ‘sex chat’ dengan skandal ARTIKEL BERKAITAN: Naya! Lelaki seronok timang cahaya mata, minta cuti bos terus buang kerja sebab bersalin tak ikut ‘due date’ - “Kerja you siapa nak buat... aku?” "Office dia dah kurangkan orang sejak kewujudan teknologi macam artificial intelligence seperti ChatGPT, Midjourney dan Canva. "Dia cakap skill design yang dia belajar selama bertahun-tahun sekarang budak darjah 6 pun boleh belajar dalam sejam je guna platform artificial intelligence ni. "Kerja korang okay ke? Food delivery pun orang dah pakai dron sekarang dekat luar negara, jimat kos untuk majikan," kata lelaki itu melalui satu video di TikTok. Tak apa, kalau robot curi kerja, kita kerja la repair robot, mereka pun mesti perlu diselenggara juga. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berkongsikan perspektif mereka dalam hal ini. "Betul, saya kerja bahagian human resource, ada syarikat yang dah guna bantuan teknologi untuk proses gaji sekarang. Mungkin tak lama lagi kerja saya pun akan digantikan dengan teknologi. Tak apa, saya yakin dengan rezeki Allah. "Cikgu saya kata kerja yang tak akan boleh digantikan dengan robot adalah bidang memasak dan gunting rambut. Sebab semua orang nak makan dan gunting rambut. Sebahagian komen warga maya. "Kerja kolar biru macam servis penghawa dingin, penyelenggaraan kereta, tukang kayu, tukang paip dan juruelektrik robot tak akan boleh ganti, kalau ada kudrat boleh masuk bidang ni. "Tak apa, kalau robot curi kerja, kita kerja la repair robot, mereka pun mesti perlu diselenggara juga," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube