SEKUMPULAN penumpang berdepan detik cemas apabila pesawat yang dinaiki mereka dipenuhi ‘asap’ tebal. Menerusi dua video yang dimuat naik seorang penumpang di laman sosial, kejadian berlaku ketika dalam penerbangan domestik ke Kuala Lumpur. Rakaman menunjukkan kepulan asap tebal berwarna keputihan memenuhi ruang kabin pesawat. “Paling nervous bila kena macam ni. Flight on the way balik Kuala Lumpur. Sebab tu kadang takut naik kapal terbang. “Nervousnya. Panik dah semua orang,” tulisnya menerusi keterangan video. Wanita itu mendakwa terdapat penumpang batuk di dalam pesawat. Ketika kejadian, cuaca hujan lebat seperti mana dimaklumkan dalam rakaman. Menurut wanita itu, pada mulanya asap itu nampak normal namun kemudian menjadi semakin tebal dan kuat sehingga tidak terkawal. “Semua dah mula batuk-batuk dah, kasihan sebab ada orang tua dan anak kecil. “Mungkin sebab hujan lebat kat luar,” katanya lagi menerusi akaun TikTok @ernibougass Kejadian berlaku ketika hujan lebat. Difahamkan, kepulan asap itu merupakan wap air daripada pelembap udara (air humidifier) yang berfungsi untuk mengoptimumkan kelembapan kabin dengan melembapkan udara segar. ARTIKEL BERKAITAN: “I feel malu” - Kecoh penerbangan antarabangsa, tapi kabin pesawat bertampal sana sini! AirAsia beri penjelasan ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf jika delay sebab anak saya” - Pesawat dah nak terbang semula si kecil masih enggan turun, mujur ada pramugara larat dukung keluar Dia bagaimanapun bersyukur kerana pesawat yang dinaiki selamat mendarat di Kuala Lumpur. Malah dia turut berterima kasih kepada kru penerbangan yang membantu menenangkan semua penumpang di dalam pesawat. “Alhamdulillah, yang penting selamat touch down (mendarat). Kru pun sangat membantu. “Kadang benda jadi luar kita punya jangkaan. Jadi tak nak salahkan sesiapa. Mungkin benda pertama kali jadi,” katanya. Paling nervous bila kena macam ni. PENUMPANG Walaupun pengeluaran ‘wap air’ itu sering berlaku dalam pesawat namun kepulan asap tebal dalam penerbangan yang dilihat dalam rakaman dilihat sebagai luar biasa. Perkara tersebut diluahkan segelintir netizen yang berpengalaman menaiki kapal terbang. “Humidifier ke? Tak pernah pula kena sampai tebal macam ni. Biasa ringan-ringan je. Ni dah macam kebakaran. “Tak pernah kena banyak sangat macam ni. Selalu sikit je. Pesawat selamat mendarat di Kuala Lumpur. Pada masa sama, perkongsian video tersebut turut membuatkan segelintir netizen turut merasai detik cemas. “Cuak, panik dan boleh pengsan kalau saya ada kat dalam tu. “Kalau aku dah panik, tak boleh bernafas dah begini,” komen netizen. Setakat ini, video yang dimuat naik pada Isnin meraih lebih 600,000 tontonan di TikTok. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube