BUKAN satu perkara mudah untuk seorang wanita berkerjaya mengambil keputusan berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Namun kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga khususnya anak-anak yang sedang membesar, sesetengah wanita tidak kisah mengorbankan cita-cita sendiri meskipun sudah berada di puncak kerjaya. Sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki, isterinya dengan rela hati berhenti kerja sebaik sahaja hamil cahaya mata sulung dan bersedia dengan kehidupan serba sederhana. "Katanya tak perlu hidup mewah, asalkan aku bagi nafkah yang cukup. Masa tu keluarga dia menentang keputusan nak berhenti kerja. Tapi dia minta reda aku sebagai suami. Akhirnya dia berhenti," kongsi lelaki yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu. Menurut lelaki berkenaan, sebaik sahaja isterinya menjadi suri rumah sepenuh masa, makanan pasti sentiasa sedia terhidang di atas meja walaupun dia tidak pernah memaksa wanita tersebut memasak. Ibu bapa seharusnya meluangkan masa untuk menemani anak-anak mengulang kaji pelajaran. -Gambar hiasan "Pagi-pagi sarapan sentiasa tersedia. Siap bekal untuk aku ke ofis dan anak-anak ke sekolah. Balik kerja makan malam pun dah ready. Ada hari dia tak masak, aku okay je. Sama ada aku masak lepas balik kerja, atau ajak makan luar. "Waktu malam, dia duduk ajar anak-anak siapkan kerja sekolah atau ulangkaji sambil aku lipat baju yang menggunung. Part ni task aku dari dulu sejak awal kahwin. "Part basuh, berus, sental, sapu, mop, kemas, semua dia okay. Paling penting, Maghrib dan Isyak mesti solat berjemaah," kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: Dari dunia korporat, wanita kini bahagia jual ayam di pasar! Dua minggu kerja dah tahu ‘cara potong’, tak hutang masa dengan keluarga ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu menyesal sekali lagi! Wanita balik kampung jadi pekebun sebab terkilan tak sempat jumpa datuk meninggal Langsung tidak mengungkit soal penat lelah menguruskan rumah tangga saban hari, lelaki itu berkata isterinya juga langsung tidak pernah meminta hadiah atau barangan mewah sebagai balasan. "Dia tak pernah minta belikan benda mewah. Baju mahal, perfume mahal. Cukup sekadarnya. Aku belikan dia baju muslimah RM100 untuk dua helai pun dia cakap mahal. "Itu belum lagi part tudung, RM20 pun dikatanya mahal, terus diajak keluar kedai. Bila anak dah mula besar ni, sekali sekala aku pernah juga tanya 'tak nak kerja balik ke?'. Dia jawab, 'buat apa nak pening-pening kerja... duduk rumah, tengok anak-anak membesar depan mata lagi best'. "Sekarang anak aku tiga orang. Semua dah sekolah rendah. Yang sulung darjah enam. "Aku rasa berkat dan barokah didikan dia terhadap anak-anak, dalam kelas anak-anak aku tak pernah miss top 5 setiap kali ada ujian atau setiap subjek. Alhamdulillah," kongsinya lagi. Sumpah wanita macam ni memang 'mahal'. Sesungguhnya berkat itu bukan terletak pada nilai harta. NETIZEN Tambah lelaki berkenaan, coretannya hanya sekadar untuk berkongsi kemanisan dalam rumah tangga apabila memiliki pasangan yang saling bertolak ansur dan memahami tanggungjawab masing-masing. "Jadi suami ni kena tahu tanggungjawab. Kadang dia ajak keluar jalan, kita bawalah. Tak dapat pergi jauh, pergi dekat. Dia nak window shopping, kita bawalah. Dia nak makan dekat luar, kita bawalah. Bukan susah pun. "Aku bukan T20, bukan jua M40. Cuma B40 yang sikit lagi nak cecah M40 dan duduk di Lembah Klang. Makan minum cukup, tempat tinggal ada, kenderaan ada. Tak mewah tapi ada. Alhamdulillah. Jangan lupa sentiasa doa kepada Allah dan mohon restu ibu," kongsinya lagi. Coretan kisah lelaki berkenaan yang dikongsikan di laman Twitter @ibjela sehingga kini meraih 3,858 ulang kicau. Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. Menjengah ruangan komen pula, rata-rata warga maya turut terkesan dengan kisahnya malah menyifatkan lelaki tersebut sangat bertuah dikurniakan wanita sedemikian sebagai isteri. "Sumpah wanita macam ni memang 'mahal'. Sesungguhnya berkat itu bukan terletak pada nilai harta. "Sesuai dengan layanan suaminya... faham yang bini duduk rumah bukan jadi bibik. "Contoh suami yang baik. Isteri berhenti kerja tapi dia tak ambil mudah... penat kot jadi suri rumah. Harapnya lebih ramai suami macam ni," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube