suria

Takut tengok pelajar zaman sekarang makin ‘maju’! ‘Projek’ di tandas sekolah, check-in hotel dengan BF perkara biasa

Gejala sosial dalam kalangan generasi muda semakin membimbangkan apabila mereka mula terdedah ketika masih di bangku sekolah. -Gambar hiasan

SEMAKIN moden dunia ketika ini, maka tugas ibu bapa untuk mendidik anak-anak juga semakin mencabar.

Kewujudan teknologi yang membolehkan pelbagai perkara diakses dengan mudah menjadi salah satu faktor penyumbang keruntuhan moral dalam kalangan generasi muda.

Bayangkan, usia baru belasan tahun tetapi sudah 'advance' sehingga berani keluar masuk hotel dengan teman lelaki!

Mungkin realiti ini pahit untuk ditelan tetapi itulah hakikat yang berlaku pada hari ini, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki di laman sosial.

Dalam satu perkongsian di Twitter, lelaki tersebut mendedahkan 'perangai' sekumpulan pelajar perempuan yang ditemuinya di sebuah sekolah yang tidak segan silu berkongsi pengalaman dengan teman lelaki masing-masing.

porno

Kebanyakan pelajar sudah pandai menonton video lucah yang dapat diakses daripada laman sesawang tertentu. -Gambar hiasan

"Aku ada buat training silat dekat sekolah lama aku. Sementara menunggu budak-budak, aku lepak surau. Kiranya surau ni jadi port aku la. Dari situ aku tahu banyak cerita.

"Masa tu ada sekumpulan budak perempuan tingkatan tiga dan empat duduk belakang surau, kiranya dekat dengan tempat wuduk. Diaorang borak pasal 'check-in' hotel dengan boyfriend dan benda lucah.

"Diaorang bercerita macam borak benda biasa je. Aku yang lama-lama dekat situ naik malu dan geli. Bila aku keluar, tahu pula diam dan cepat-cepat nak gerak," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid naif terjebak ‘sexting’, pakwe Form 3 ajar sembang lucah - “Masuk sekolah menengah, tak tahulah apa nasibnya”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis-gadis galak sembang lucah di TikTok, tunjuk pro pandai buat seks... Netizen geleng kepala, jijik hadap perangai buka aib sendiri

Individu tersebut turut berkongsi satu kisah yang berlaku tiga tahun lalu ketika dia masih menuntut di tingkatan enam di sebuah sekolah, di mana ada pelajar yang mengambil kesempatan melakukan hubungan intm di tandas ketika aktiviti sukan berlangsung.

"Masa tu sekolah ada merentas desa dan semua wajib terlibat. Sudah tentu waktu tu tak ramai dekat dalam sekolah tak ramai budak. Masa itu jugalah ada kes.

"Boleh pula ada yang **** dalam tandas. Budak perempuan tingkatan tiga dengan budak lelaki tingkatan lima. Dah tertangkap, bawa jumpa kaunseling sekali dengan ibu bapa.

Sedih tengok budak-budak sekarang dah terlibat benda-benda macam ni. Kalau boleh nak homeschool kan je anak aku.

NETIZEN

"Diaorang cakap dah lama buat macam tu dan selalunya waktu balik sekolah dalam kelas kosong. Takut ya budak-budak sekarang. Benda macam ni perkara biasa bagi diaorang," kongsinya lagi.

Luahan yang dikirim menerusi Direct Message (DM) itu dikongsikan oleh akaun Twitter @ibjela.

Menerusi ruangan komen, ternyata perkongsian berkenaan mengundang kebimbangan warga maya terutama golongan ibu bapa.

komen

Netizen melahirkan kebimbangan dengan situasi membabitkan generasi muda ketika ini.

"Nauzubillahiminzalik... sedih tengok budak-budak sekarang dah terlibat benda-benda macam ni. Kalau boleh nak homeschool kan je anak aku.

"Sebab itu bila ada anak lelaki ni kena didik betul-betul. Kena keras dengan diaorang, jangan berani-berani usik perempuan.

"Dekat sekolah kampung-kampung pun ada kes macam ni... aduhai.

"Tanpa agama, kita akan jadi binatang. Sekarang aku percaya ayat ni," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain