PEPATAH ada mengatakan melentur bulu biarlah dari rebungnya. Begitulah yang cuba dilakukan seorang ibu dalam usaha mengajar anaknya yang masih bersekolah untuk berdikari. Menerusi video dimuat naik di TikTok, ibunya, Chantiq Anak Mamy, menunjukkan bagaimana anak lelakinya bangun seawal jam 5.30 pagi bagi menyiapkan bekal makanan untuk dibawa ke sekolah pada hari Isnin. Tangkap layar menunjukkan Adam menyediakan bekal makanan sendiri. "Bangun awal pagi siapkan bekal sendiri. "Menu simple (ringkas) kegemaran Adam untuk diberikan pada mualimahnya (guru perempuan) rasa," demikian kapsyen pada video yang dikongsi. Dalam video tersebut, Adam kelihatan begitu handal memasak ketika menyediakan nasi goreng dan ayam popcorn seperti sudah biasa memasak sebelum ini. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa sedia bekal untuk anak setiap hari, tak sanggup tengok mereka lapar... cukuplah dulu catu makan! Duit ‘food emergency’ pun diberi ARTIKEL BERKAITAN: Ibu 'liat' bangun pagi lepasi cabaran... Bekal mi goreng anak tak pahit lagi, suami nak tumpang sekaki! Malah, masakannya itu juga mendapat pujian daripada ibunya sendiri. Tambahnya, Adam juga merupakan seorang anak yang ringan tulang dan amat mementingkan aspek kebersihan dalam setiap urusan dilakukan seperti memasak. "(Adam) rajin dan pembersih. Saya cuba didik mereka supaya dekat mana-mana boleh bawa diri. "Juga dia pandai jaga dalam banyak perkara dalam hidup penuh cabaran ini," ujar si ibu di ruangan komen. Menerusi rakaman tersebut, dapat dilihat bekas makanan yang terbahagi kepada tiga bahagian itu diletakkan nasi goreng, ayam popcorn dan timun yang dihiris nipis-nipis sebelum dibawa ke sekolah. Meninjau ruangan komen, netizen memuji kerajinan dan sahsiah terpuji kanak-kanak lelaki itu dan mengakui mereka sendiri tidak mampu untuk bangun menyiapkan bekal di awal pagi. Bagusnya adik... akak nak bawa bekal pun asyik-asyik bangun lewat. NETIZEN Bukan itu sahaja, ibunya sendiri turut menyatakan bahawa adakalanya dia berasa serba salah untuk mengejut Adam bangun awal pagi. "Sebelum tidur mesti anak ingatkan saya (kejut awal pagi). "Serba salah nak kejut sebab awal juga kan," kata si ibu membalas salah satu komen netizen. Selain memuji kerajinan Adam, ada juga netizen yang tertarik melihat nasi goreng hasil air tangan kanak-kanak itu yang kelihatan sedap walaupun digoreng ringkas. Komen netizen di TikTok. "Adik macam mana buat nasi goreng. Bagi resipi boleh? "Bagus dik. Akak pun bangun 5.30 untuk off alarm lepas tu sambung balik tidur. "Bagusnya adik... akak nak bawa bekal pun asyik-asyik bangun lewat. "Alhamdulillah adik ni anak yang soleh. Semoga diredai Allah di dunia dan akhirat," antara komen netizen yang memuji kanak-kanak itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube