suria

Pemuda ‘tersakiti’ sanggup naik bas, sewa kereta demi jumpa GF kurang 10 minit! Selepas pulang dapat mesej bikin meleleh air mata

Aiman berkongsi pengalaman mengenai perhubungan jarak jarak (PJJ).

KERANA cinta, ada lelaki sanggup berkorban dan melakukan apa saja untuk kekasihnya.

Lelaki sebegini benar-benar wujud, tetapi sangat limited (terhad) di muka bumi.

Namun, bukan semua kisah pemuda romantik berakhir dengan ‘happy ending’.

Begitulah pengalaman seorang pemuda yang ‘tersakiti’ selepas menaiki bas dari Kuantan, Pahang ke Kluang, Johor selama kira-kira empat jam demi menawan hati teman wanita.

Dari Kuantan, Aiman ke Johor untuk berjumpa kekasihnya.

Berkongsi cerita, dia yang lebih dikenali sebagai Aiman Hamidon menjalinkan hubungan dengan seorang gadis berusia 24 tahun dari Sabah selama kira-kira setahun.

“Kami mula couple di Kuantan sebelum dia berpindah ke Johor untuk bekerja di sana. Perhubungan jarak jauh (PJJ) ni buat saya rindu sangat kat dia.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk naik bas dari Kuantan ke Johor, nak buat kejutan pada dia. Dia pernah bagi alamat tempat tinggalnya di Johor,” katanya ketika dihubungi mStar.

Bunga, makanan dan hadiah dibawa Aiman sebagai kejutan.

Mengimbas kembali peristiwa yang berlaku setahun lalu, Aiman yang kini berusia 22 tahun berkata, dia bermalam di hotel bajet dan menyewa kereta setibanya di Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda 19 tahun tunjuk ‘effort’ luar biasa, sanggup naik bas 4 jam nak pujuk cik tunang... Hilang merajuk nampak beg Lego!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri masuk hospital, suami kerja unit saji makanan beri layanan padu! Romantik luar biasa, siap beli patung Doraemon

“Saya juga beli makanan, buah tangan dan sejambak bunga. Esoknya sebelum datang, saya beritahu dia yang saya ada di Johor dan nak datang untuk sampaikan buah tangan.

“Jumpa dia sekejap je, tak sampai pun 10 minit. Hanya bertanya khabar dan serahkan barang-barang pada dia, dan hari tu juga saya balik naik bas ke Kuantan,” ujarnya yang berasal dari Kuantan.

Beberapa hari kemudian, anak sulung daripada tiga beradik itu memberitahu, kekasihnya ketika itu membuat pengakuan dirinya sudah tawar hati untuk meneruskan hubungan mereka.

Mesej yang dihantar bekas kekasih.

Malah, gadis berkenaan dengan bangga mengaku dia telah mempunyai teman lelaki baharu.

“Jujurnya memang sedih lebih-lebih lagi dia cinta pertama saya. Tapi saya dapat jangka sesuatu berlaku. Sebab sejak kami PJJ, dia dah jarang contact, nak balas mesej pun susah.

Ramai wanita nak cari lelaki yang tunjuk effort, ada je tapi limited. Cuma segelintir mereka bila dapat lelaki jenis macam ni tak menghargainya.

AIMAN HAMIDON

“Masa saya datang buat surprise dari Kuantan ke Johor tu pun dia buat respons biasa-biasa je. Bercinta ni biasalah ada gaduh, okay balik macam tu.

“Saya datang ke Johor tu adalah jalan terakhir untuk selamatkan hubungan kami,” katanya yang mula menyimpan wang dan merancang memperisterikan gadis itu sebaik jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM10,000.

Aiman melakukan pelbagai aktiviti termasuk bercuti ke pulau untuk melupakan kesedihannya.

Susulan perkongsian video mengenai kisah sedihnya yang meraih lebih dua juta tontonan, Aiman yang merupakan content creator menerima banyak mesej daripada wanita.

“Ada juga lelaki mesej meluahkan simpati dan beritahu mereka juga pernah mengalami nasib sama, manakala ramai perempuan memberi kata-kata semangat termasuk mahu berkenalan.

“Selepas setahun, saya kini dah move on. Sekarang ni mahu menumpukan pada kerjaya, tapi terbuka untuk mengenali sesiapa tetapi lebih berhati-hati.

“Bagi saya, ciri-ciri wanita itu mestilah serius dalam perhubungan, hormat mak ayah dan bonus sekiranya pandai memasak,” katanya lagi.

Aiman kini terbuka untuk mengenali sesiapa tetapi lebih berhati-hati.

Aiman yang juga jurugambar sambilan menyedari ramai wanita mahu mencari lelaki yang romantik dan sanggup berkorban apa saja demi mereka.

“Ramai wanita nak cari lelaki yang tunjuk effort, ada je tapi limited. Cuma segelintir mereka bila dapat lelaki jenis macam ni tak menghargainya,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain