PELUANG melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dan menggenggam ijazah pada masa ini bukanlah jaminan untuk mengubah nasib diri dan keluarga. Malahan, dalam sesetengah kes, semakin tinggi peringkat pengajian seseorang itu, bertambah sukar untuk dia mendapatkan pekerjaan. Senario ini menyebabkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah semakin meningkat saban tahun. Bagaimanapun, masih ramai memilih untuk menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi dengan harapan nasib berpihak kepada mereka dan mendapat tawaran gaji yang diingini. Ciapan asal yang dibuatnya selepas menerima persoalan daripada siswazah berkelulusan ijazah. Seperti perkongsian pengguna Twitter yang dikenali Edd, dia menyatakan kebanyakan individu berkelulusan master 'ditolak' oleh para majikan kerana dikatakan terlebih berkelayakan. "Kalau degree pun you tak dapat kerja, apa yang membuatkan awak fikir dengan master boleh dapat kerja? "Saya tak ada statistik tapi berdasarkan pengalaman sekeliling, ramai mohon kerja guna master kena reject sebab overqualified. Melainkan bidang pekerjaan yang dihajati itu memerlukan kelulusan di peringkat tinggi," ciapnya. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda menganggur selepas teknologi ‘rampas’ kerjanya! Dulu bertahun belajar grafik, kini budak darjah 6 boleh pandai dalam sejam ARTIKEL BERKAITAN: Pernah gagal temuduga cikgu, graduan USM tak putus asa nak jadi pendidik... Pandai cari duit buat bisnes gajet, yang penting tak menganggur Pandangan tersebut dikongsikan selepas dia menerima soalan daripada seorang pemegang ijazah yang masih menganggur. Menurut individu tersebut, dia sudah empat bulan menganggur selepas tamat program latihan sambil bekerja di Yayasan Petronas (Protege-Gees). "Been applying everywhere but still no interview, rasa macam nak sambung master... okay?" dia bertanya kepada Edd. Perkongsian yang dibuat itu mendapat perhatian warga maya memandangkan situasi yang dihadapi itu merupakan masalah utama graduan masa kini. Kebanyakan majikan mengutamakan pengalaman berbanding level pengajian. -Gambar hiasan The Star "Master ni berguna kalau kau nak jadi pensyarah. Tapi kebanyakan bidang pengajian lebih mengutamakan mereka yang mempunyai pengalaman. "Jangan sambung master kalau awak belum ada pengalaman dalam industri. Bayangkan kena bayar graduan sarjana tanpa pengalaman. "Selain sambung master, lebih baik dapatkan sijil kemahiran dan kemaskini data di LinkedIn. "Saya ada master tapi bila 'tebar' resume, guna kelayakan ijazah lebih senang dapat panggilan temuduga... jadi fikir banyak kali kalau nak sambung," ujar beberapa warga maya. Warga maya memberikan pandangan masing-masing. Malah ada yang menyatakan tindakan itu hanya akan menjadi beban kewangan kerana kos pengajian di peringkat master adalah tinggi selain menyuarakan kebimbangan sekiranya ia perlu ditanggung oleh ibu bapa. "Know someone macam ni, dia takut nak hadap realiti dan pergi sambung belajar lagi... kemudian kesian parent sebab kena tanggung hutang dan duit belanja dia. Jadi, lebih baik cari pengalaman luar bidang sebab majoriti orang pandang pengalaman berbanding pelajaran," luah seorang lagi netizen. Namun, ada yang bersetuju dengan pandangannya untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya terutama dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA). Ia berikutan, terdapat firma perunding terkenal seperti Bain, McKinsey, Boston Consulting Group yang menawarkan peluang pekerjaan untuk graduan lulusan master. Tidak kurang juga yang memintannya mengisi apa sahaja peluang pekerjaan yang ada seperti juruwang di kedai serbaneka supaya mendapat pengalaman. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube