suria

Tuan rumah caj RM250 sebulan untuk tidur di dapur... Netizen bagi idea buat duit extra, suruh tambah toto depan sinki!

Gambar bahagian dapur yang diubah suai menjadi bilik sewa. -Gambar media sosial

BAGI sesetengah individu bujang, mereka lebih gemar untuk menyewa bilik kerana mahu menjimatkan kos.

Kadar sewaan yang ditetapkan pemilik kediaman lazimnya bergantung kepada lokasi, akses ke sesuatu tempat, keluasan bilik serta kemudahan yang ditawarkan.

Namun tidak dinafikan, demi mengejar keuntungan, segelintir pemilik atau 'tuan tanah' bertindak membuat pengubahsuaian kediaman mereka sehingga ruang yang tidak sepatutnya pun dijadikan bilik sewa.

Dalam satu perkongsian yang tular di laman Twitter, seorang individu berkongsi iklan mengenai sebuah bilik sewa yang boleh dianggap agak rare.

bilik 1

Perkongsian yang dibuat oleh seorang individu sehingga tular di Twitter.

Mana tidaknya, menerusi gambar yang dimuat naik, bilik sewa tersebut dipercayai merupakan bahagian dapur sebuah kediaman jenis semi D, yang diubahsuai memandangkan terdapat sinki di dalamnya.

"First time (pertama kali) aku jumpa ni," demikian ciapan individu berkenaan.

Turut kelihatan, sebuah katil bersaiz bujang lengkap dengan tilam dan kipas dinding disediakan untuk bakal penyewanya.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan individu itu di Twitter, iklan tersebut disiarkan ejen hartanah di satu platform khusus untuk sewa bilik.

ARTIKEL BERKAITAN: Bilik sewa di Cheras harga RM300, hanya muat satu tilam single... Netizen usik suruh ingat mati, saiz kecil macam liang lahad

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kaw-kaw’ buat duit! Balkoni ala liang lahad disewakan sebagai bilik, sebulan RM600... bimbang jadi trend, PBT digesa bertindak

Menerusi carian yang dilakukan di platform berkenaan, bilik sewa tersebut yang terletak di sebuah negeri di utara tanah air berkeluasan 50 meter persegi dengan kadar sewaan RM250 sebulan.

Tuan rumah turut menyediakan beberapa kemudahan untuk bakal penyewa bilik berkenaan seperti peti sejuk, mesin basuh dan pemanas air.

Best ni, malam-malam malas nak pergi toilet,kencing je dekat sinki. Idea untuk owner tambah income... boleh tambah toto bawah sinki tu sebab ada ruang lagi.

NETIZEN

Menerusi iklan berkenaan, ia bersedia menerima kemasukan segera untuk bulan ini (Ogos 2023).

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meninggalkan komen sarkastik bercampur lucu memandangkan keadaan bilik tersebut yang rare.

Dalam pada itu, ada yang turut mengecam tindakan pemilik kediaman berkenaan kerana tergamak melakukan pengubahsuaian demi mengaut keuntungan.

komen bilik

Komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Kalau jumpa macam ni sila report. Kalau jumpa yang iklankan ni sila juga report. Kita lawan habisan owner atau pelabur bangsat yang hina kemanusian sampai macam ni sekali.

"Best ni, malam-malam malas nak pergi toilet,kencing je dekat sinki. Idea untuk owner tambah income... boleh tambah toto bawah sinki tu sebab ada ruang lagi.

"Kenapa ada vibes macam bilik mandi pengurusan jenazah? Insaf terus," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain