GARA-gara tularnya perbualan yang mencetuskan konflik di antara pasangan kekasih ini, percintaan mereka berakhir dengan perpisahan. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh wanita tersebut menerusi laman media sosialnya setelah menunjukkan perbualan di WhatsApp antara mereka. "Daripada sebuah perbualan mudah dan harmless (tidak memudaratkan) kepada 'ini' (perpisahan). Terima kasih," tulisnya di ruangan kapsyen. Teman lelaki dikatakan meminta wanita itu memulangkan semua barang yang pernah diberikan. Menerusi tangkap layar yang dipaparkan, dapat dilihat bekas kekasihnya menjelaskan bahawa dia tidak lagi mampu untuk menjadi pasangan yang lebih baik. Selain menasihati wanita itu mencari lelaki lain seperti yang diharapkan, dia juga meminta supaya barangan yang pernah diberikan sebelum ini dipulangkan. "Saya rasa awak patut fikir balik komen-komen orang dekat Twitter atau TikTok tu. "Disebabkan ramai kata awak deserve better (layak dapat lebih baik), saya tak akan mampu nak jadi better (lebih baik) untuk awak. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis cuba uji BF, tapi beri soalan makan diri! Sendiri tanya, sendiri sentap sebab pakwe jawab jujur... akak McD selamatkan keadaan! ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ‘tersakiti’ sanggup naik bas, sewa kereta demi jumpa GF kurang 10 minit! Selepas pulang dapat mesej bikin meleleh air mata "Jadi carilah orang yang rasa awak terbaik. Tolong pulangkan balik semua benda saya sudah belikan untuk awak," tulis lelaki tersebut dalam tangkap layar perbualan antara mereka yang dikongsi wanita berkenaan. Seperti yang diminta, wanita itu menyusun semua barang dipercayai pemberian bekas kekasihnya sebelum dipulangkan. Kelihatan sebuah iPad, dua pasang kasut berjenama Clarks dan Kickers, pembesar suara jenama Marshall serta pakaian disusun di atas lantai. Dalam hantaran dimuat naik, rata-rata netizen memberikan pendapat serta nasihat mereka berikutan apa yang berlaku. Percayalah apa dia cakap, awak memang patut dapat lebih baik! NETIZEN "Ya perbualan biasa tapi sepatutnya ia antara anda berdua saja. Tak semua kita boleh kongsi dengan orang. Pasangan 'sempurna' tak wujud. Tolak ansur yang penting. "Untuk bakal kekasih seterusnya, hati-hati dia 'kitar semula' (recycle) balik hadiah-hadiah tu nanti. "Awak memang layak dapat lebih baik. Percayalah mamat ni tak pergi jauh pun. Sekejap je lama-lama dia menyesal. Percayalah apa dia cakap, awak memang patut dapat lebih baik!" antara komen netizen pada video. Pasangan ini tular sebelum ini apabila perbualan santai mereka mengenai topik 'wanita lain' bertukar menjadi situasi tegang. Komen netizen pada video. Ketika itu mereka berdua sedang menunggu makanan yang dipesan di lorong pandu lalu McDonald's. Sebagaimana dapat dilihat dalam video, wanita ini pada mulanya bertanyakan tentang 'wanita lain' kepada teman lelakinya tetapi akhirnya nampak tersinggung serta tidak berpuas hati dengan jawapan didengarinya. Pada akhir video, suasana tegang itu terlerai apabila pesanan yang ditunggu siap dan diberikan oleh pekerja McDonald's. Susulan tularnya posting itu, pelbagai pendapat serta reaksi netizen lain diterima sehingga video yang dikongsi semula di Twitter itu meraih lebih 23 juta jumlah tontonan. Manakala video asal yang dikongsi wanita berkenaan pula mendapat 1.6 juta jumlah tontonan dengan hampir 6,000 komen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube