TIDAK akan miskin seseorang dengan bersedekah. Kecil atau besar nilai sedekah bukanlah ukuran, namun niat yang ikhlas kerana Allah sudah pasti akan dijanjikan ganjaran daripada-Nya. Dalam satu hantaran di Facebook, seorang wanita berkongsi kisah yang berlaku di hadapan matanya hingga benar-benar memberi pengajaran bermakna mengenai betapa pentingnya berbuat baik sesama manusia. Menurut wanita bernama Zairina Yuszairi, beberapa hari lalu dia singgah di sebuah gerai di tepi jalan untuk membeli nasi lemak. "Kakak yang jual tu lebih kurang sebaya aku. Aku pelanggan ketiga yang beratur. Depan aku ada seorang brother dan kakak tu tengah sediakan beberapa bungkus nasi lemak untuk customer paling depan. "Sempatlah aku dengar sembang kakak tu dengan pelanggan depan sekali, seorang perempuan. 'Lambat sikit hari ni sebab anak kecil meragam sebelum keluar berniaga', katanya. "Nampak dia kelam kabut maybe sebab orang dah start beratur buat dia nak cepat uruskan bungkus untuk customer first tu. "Aku tengok dekat tujuh bungkus juga tapi sebab kakak tu seorang yang buat semua so kena tunggulah," kongsinya dalam hantaran berkenaan. Kecil atau besar nilai sedekah bukanlah ukuran, sebaliknya ia diukur atas niat yang ikhlas kerana Allah. -Gambar hiasan Dalam ketika bergegas menyiapkan pesanan pelanggan, tiba-tiba peniaga nasi lemak tersebut terlanggar bekas telur mata kerbau di atas meja sehingga kesemuanya jatuh ke tanah. "Aku tengok muka dia penuh dengan kesedihan. Modal tak dapat, customer nak ada telur mata dalam nasi lemak pun dah tak ada. "Aku dan brother yang berdiri di depan tolong dia kutip dan kemaskan. Kami biarkan dia selesaikan urusan dengan pembeli pertama. "Sampai giliran brother tu, dia order dua bungkus nasi lemak. Aku tengok je muka kakak tu, nampak berlinangan air mata dan dia tak berhenti minta maaf sebab lambat uruskan pelanggan yang first tadi,"ceritanya. ARTIKEL BERKAITAN: Puas pergi merata premis sebab order tak masuk-masuk, rider dapat rezeki tak diduga selepas pasrah... duduk tepi tangga beri kucing bunting makan ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu tumpang jual kuih, satu pun tak laku... Tauke nasi kukus kagum si gadis masih senyum-senyum - “Kalau tak habis, abang sedekah je” Ketika mahu membayar harga untuk dua bungkus nasi lemak yang dibeli, Zairina berkata pelanggan lelaki di hadapannya menghulur sekeping not RM50 kepada peniaga berkenaan. "Aku nampak banyak not RM10 dan RM5 tapi dia keluarkan not RM50. Nasi lemak brother tu dalam RM6 je. 'Saya tiada duit kecil, esok atau bila-bila cik boleh datang bayar', balas kakak tu. "Tiba-tiba brother tu ambil bungkusan nasi lemak yang dia bungkus then kata, 'tak apa kak, tak perlu baki. Saya silap tadi. Saya nampak bekas telur tu dah nak jatuh tapi saya tak tolong alihkan ke tengah sikit. "'Rezeki kak la balance tu ganti semula telur mata yang jatuh tu', brother tu senyum dan berjalan ke kereta,"ceritanya lagi. Alhamdulillah masih banyak insan-insan yang bersifat mulia di dunia ini. Aturan Allah itu sangat indah. NETIZEN Tambah wanita tersebut, apa yang disaksikan di hadapan matanya memberikan pengajaran yang amat bernilai dan membuatkan dia benar-benar menghayati makna sedekah. "Tiga pengajaran yang sangat baik bagi aku, pertama masih ada Melayu yang sayangkan bangsanya dalam erti dan bahasa yang sebenar. "Kedua, besarnya kekuasaan Allah SWT. Jangan kau sangka rezeki yang terlepas dari tanganmu akan pergi begitu sahaja. Dia gantikan tanpa kau sangka asalkan kau reda dengan setiap yang berlaku. Warga maya tersentuh dengan kisah yang dikongsikan Zairina. "Ketiga, nak banyak harta di akhirat, buatlah pelaburan di dunia dengan bersedekah dan berinfaq. Profit and return bukan dua atau tiga digit tapi infiniti," kongsinya lagi. Perkongsian Zairina di Facebook meraih 1,600 shares dan dibanjiri ratusan komen warga maya yang turut sama terkesan dengan kisah berkenaan. "Entahlah tiba-tiba air mata menitis baca ni. Banyak pengajaran di dalamnya. "Alhamdulillah masih banyak insan-insan yang bersifat mulia di dunia ini. Aturan Allah itu sangat indah. "Tiga situasi dalam tiga watak yang saling berkait. Watak penjual, pelanggan dan pencatat cerita. Moga semuanya sentiasa dalam rahmat dan reda Allah," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube