suria

Ibu suruh cerai isteri dalam pantang, suami tak sedar puncanya salah sendiri! Buat kesimpulan konon kena sihir

Suami dilema untuk menceraikan isteri dalam berpantang. -Gambar hiasan The Star

IBU bapa sering dijadikan tempat rujukan meskipun anak-anak sudah mempunyai kehidupan masing-masing.

Bagaimanapun, kadang kala nasihat yang diberikan itu cenderung memberikan kesan negatif apabila ia melibatkan hubungan antara anak dan menantu.

Seperti yang dilalui seorang lelaki ini, ibunya meminta dia menceraikan isteri hanya kerana tidak mendapat layanan sewajarnya.

Walhal, pada ketika itu emosi isterinya berada dalam keadaan tidak stabil disebabkan baru lepas bersalin.

Luahan asal yang dibuat lelaki terbabit tentang hubungannya dengan isteri.

Luahan asal yang dibuat lelaki terbabit tentang hubungannya dengan isteri.

Memulakan cerita, dia berkata, perkahwinannya dan isteri belum lagi mencecah usia setahun.

"Isteri memang ada depression dan anxiety yang perlu dirujuk ke doktor mengikut temujanji yang ditetapkan.

"Bulan Julai baru-baru ini dia bersalin dan sejak itu perangainya berubah... lebih banyak diam, menangis dan kadang kala membenci anak sendiri," luahnya di halaman Facebook.

Malah katanya, isterinya sudah tidak seceria seperti awal perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib suami kerja ‘offshore', gaji RM50,000 pun isteri tak nak layan... Tiba-tiba minta cerai, tuntut 50 peratus harta sepencarian

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kerja kerajaan ‘meletup’, mahu cerai lepas 20 tahun bela biawak hidup! Peguam jelas cara berpisah jika suami tak bagi kerjasama

Disebabkan bimbang keadaan isteri yang seperti meroyan, dia mengajak ibunya datang tinggal bersama.

"Apabila mak saya datang dan jaga dia dalam pantang selama tujuh hari, mak ada terasa dengan sikap isteri yang banyak diam.

"Disebabkan itu, dia meminta saya menceraikan isteri. Malam kejadian pula, isteri tiba-tiba menjerit dan menangis kerana tertekan.

"Bimbang menjadi lebih buruk, saya masuk ke bilik dan memarahinya tetapi dia marah saya balik," katanya lagi.

Sikap isteri berubah selepas melahirkan anak.

Sikap isteri berubah selepas melahirkan anak. -Gambar hiasan The Star/ Azlina Abdullah

Selepas kejadian tersebut, ibunya terus pulang ke kampung halaman.

Lebih menyedihkan apabila ibunya turut memberi kata dua sama ada memilih isteri mahupun dirinya.

Bukan itu sahaja, jika dia tidak bercerai, ibunya tetap dengan pendirian untuk tidak berbaik dengan isteri.

"Sekarang saya dilema. Saya perlu pilih isteri atau mak... isteri pun masih dalam pantang.

"Berbanding isteri, saya gemar menceritakan apa yang berlaku kepada keluarga sedangkan dia hanya mendiamkan diri," katanya.

Suaminya merasakan terdapat unsur sihir pemisah dalam hubungan. -Gambar hiasan The Star/Azhar Mahfof

Suaminya merasakan terdapat unsur sihir pemisah dalam hubungan. -Gambar hiasan The Star/Azhar Mahfof

Dia yang tidak mengetahui punca masalah dalam hubungan turut beranggapan apa yang berlaku berpunca daripada sihir pemisah.

Perkongsian masalah itu membuatkan warga maya tampil memberikan pandangan masing-masing.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa marah kerana dia bersikap seperti 'anak mak' yang sanggup mengikut telunjuk meskipun memberi kesan buruk dalam perkahwinan.

"Tak sedar mak awaklah punca isteri meroyan... awak lelaki dah kahwin, ada tanggungjawab pada isteri dan anak. Selagi isteri masih taat, awak kena dahulukan keperluan isteri.

"Kau jantan, jadi jantan jaga bini (isteri). Sudah pilih dari awal nak jaga dia, jangan buat aniaya anak orang.

"Sikit-sikit cerita pada mak... tak bolehkah masalah rumah tangga jangan ceritakan pada mak? Dah meroyan macam tu, jagalah elok-elok dan bukan cepat percayakan cakap mak," luah beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain