LULUH hati seorang ibu apabila mendapat tahu anaknya ditikam dengan pensel di bahagian lengan oleh rakan sekelas sewaktu berada di sekolah. Selain kecewa dengan apa yang berlaku, Rosmida, 36, turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap ibu kepada murid yang didakwa menikam anaknya, Riz Danish Afiq, 9 tahun. Perkara itu diketahui oleh Rosmida melalui sepupunya yang memaklumkan hal tersebut selepas mengambil Danish pulang dari sekolahnya di Guar Chempedak, Kedah. "Saya dapat tahu fasal anak kena tikam dengan pensel kayu tu lepas sepupu beritahu. "Kebetulan sepupu memang jiran sebelah rumah saya dan anak dia pun sekelas dengan Danish. Lengan Danish selepas ditikam dengan pensel kayu. "Saya seorang peniaga, jadi dia yang ambil anak saya pulang dari sekolah setiap hari," katanya ketika dihubungi mStar. Rosmida berkata, dia difahamkan punca kejadian disebabkan murid berkenaan berang apabila Danish menyuruhnya mengutip sampah. Menurut cerita anak sepupunya, Danish menangis di dalam kelas apabila lengannya luka akibat dicucuk menggunakan mata pensel tajam. "Budak tu buang sampah merata-rata dalam kelas jadi anak saya tegurlah jangan buang sampah bawah meja. Tiba-tiba budak tu marah-marah dan ambil pensel tikam Danish. "Masa kena tikam tu dia menangis tapi katanya cikgu tak ada dalam kelas. Balik rumah dia memang takut-takut nak beritahu apa yang berlaku masa saya tanya. Ni nasib baik tertikam tangan. Kalau kena mata, buta anak saya. ARTIKEL BERKAITAN: Samseng sekolah ‘flying kick’ rakan dalam tandas dicekup... Polis tahan 9 pelajar bantu siasatan kes buli ARTIKEL BERKAITAN: Dulu pelajar senior buli gadis ini setiap hari di sekolah, akhirnya jadi suami "Saya pernah jadi nurse (jururawat) selama 14 tahun kerja di klinik dulu, jadi saya dressing (cuci luka) dia sendiri di rumah. Saya cuci biasa saja tak bawa pergi klinik sebab ingatkan luka biasa," ujarnya. Bagaimanapun, selepas hari kelima, Rosmida terkejut apabila terjumpa serpihan mata pensel terkeluar dari kesan luka anaknya yang bernanah. Dia kemudiannya membawa Danish ke sebuah klinik di Kedah untuk mendapatkan ubat antibiotik bagi mengelakkan jangkitan kuman berlaku. Cuma saya tak puas hati ibu dia macam tak rasa bersalah siap putar belit cerita. ROSMIDA "Saya ada maklumkan perkara ini dekat cikgu. Pihak sekolah cakap nak siasat dahulu. "Masa hari mata pensel tu keluar dari kulit lengan, anak saya mengalami demam dan pening kepala. Tapi lepas tu dia okay semula, Danish pergi sekolah macam biasa. "Ini bukan pertama kali anak saya kena 'benda' macam ni. Sebelum ni ada pelajar tuang air Vitagen atas kepala dia. Kasihan juga, kami baru saja pindahkan dia ke sekolah ni bulan Oktober lalu," ujar Rosmida yang berasal dari Kedah. Sebagaimana hantaran Rosmida yang tular di Facebook, dia meluahkan rasa terkilan apabila tiada permohonan maaf dibuat oleh ibu kepada murid tersebut. Malah, suaminya juga enggan masuk campur dalam hal ini bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih parah dan buruk. Perbualan di WhatsApp antara ibu Danish dan ibu pelajar terbabit. "Saya tak ada buat sebarang laporan polis memikirkan dia baru darjah tiga. Lagipun ini kali pertama dia buat jadi saya bagi peluang dulu. "Cuma saya tak puas hati ibu dia macam tak rasa bersalah siap putar belit cerita. Saya ada hantar gambar lengan anak bernanah dekat WhatsApp tapi dia hanya baca dan senyap (tak bagi respons). "Kalau anak buat salah, mengaku dan beri amaran atau nasihat dia supaya kejadian tak berulang lagi. Sebagai ibu, tak susah pun nak minta maaf dengan ikhlas kalau anak kita buat salah," ujarnya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube