suria

Pemuda tak sekufu seram nak kahwin GF selera besar... Suruh bayar duit kereta, cari bibik lepas nikah - “Gaji dia lagi tinggi daripada saya”

Faktor kewangan menjadi salah satu kebimbangan golongan lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan

SUDAH menjadi tanggungjawab lelaki untuk menyara serta menyediakan keperluan buat isterinya apabila sudah bergelar seorang suami.

Tidak semestinya perlu mewah, asalkan keperluan asas dan nafkah buat isteri dipenuhi sebagaimana yang sewajarnya.

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada juga segelintir wanita yang bersikap terlebih demand dengan pasangan masing-masing, atas alasan ia adalah tanggungjawab seorang suami.

Begitulah situasi yang sedang dihadapi seorang lelaki ini apabila teman wanitanya sudah menyenaraikan perkara yang perlu disediakan apabila mereka berkahwin kelak.

"Saya dengan teman wanita rancang nak kahwin tahun depan. Tapi saya risau sebab tak mampu nak jaga dia macam apa yang dia nak.

BUNTU 2

Mengambil pembantu rumah pastinya memerlukan kos yang sangat besar. -Gambar hiasan

"Cumanya awal perkahwinan dia dah minta saya bayar ansuran kereta dia, bibik la, nak rumah mahal.

"Saya cuma minta untuk permulaan ni saya hanya mampu bayar half kereta dia sebab terpaksa bayar kereta saya juga. Campur rumah dan nafkah isteri lagi," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perempuan gaji RM1,500 sebulan ‘demand’ BF layan bak puteri... Asyik pandang rendah lelaki kerja biasa-biasa

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rela putus tunang selepas dapat tahu gaji bakal suami RM1,100! Ramai sokong, jangan kahwin kalau tak mampu

Menurut lelaki berkenaan, dia bukan enggan menafikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami kelak, namun pendapatannya ketika ini hanya sekadar cukup makan.

Malah dia mengambil inisiatif melakukan pelbagai pekerjaan untuk menambah pendapatan sebagai persediaan berumah tangga kelak.

"Gaji dia lagi tinggi daripada saya. Saya pula tengah usaha nak naikkan gaji saya dengan tambah income lain.

"Dia cakap saya sebagai suami patut tanggung semua. Yes of course saya nak tanggung cumanya untuk permulaan ni mana saya mampu. Jadi saya risau, sekarang ni apa patut saya buat.

Tinggalkan sajalah perempuan yang acah-acah princess syndrome ni, banyak lagi perempuan dekat luar yang sanggup susah senang.

NETIZEN

"Kadang saya rasa dia lagi layak dapat orang lain daripada saya. Iyalah, saya ni apa la ada... gaji pun RM2,500 cukup-cukup makan je. Compare to other men luar sana.

"Sekarang pun saya tengah usahakan tambah income, cumanya tu semua ambil masa," kongsinya lagi.

Luahan individu berkenaan yang dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding meraih perhatian warga maya yang turut memberikan pandangan masing-masing.

KOMEN

Sebahagian pandangan yang disuarakan netizen terhadap perkongsian kisah lelaki berkenaan.

"Kalau bakal isteri atau pasangan dah demand sehingga kita rasa tidak dihormati seperti pasangan normal yang lain, tinggalkan dia serta merta! Sebab ramai lagi wanita boleh dipilih dan lebih baik, serius tak tipu.

"Kalau tak boleh jumpa kata putus atau keputusan yang dua-dua pihak puas hati, jangan kahwin. Kalau salah seorang mengalah tapi makan hati, hubungan anda sebenarnya berakhir sebelum ia bermula pun.

"Kau tinggalkan sajalah perempuan yang acah-acah princess syndrome ni, banyak lagi perempuan dekat luar yang sanggup susah senang dan faham kewangan bila baru mendirikan rumah tangga ni," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain