MEMBALAS jasa dengan membahagiakan ibu bapa merupakan impian bagi setiap anak. Seperti yang dilakukan Syifaa razak dan tiga adik beradik yang lain, rancangan untuk membuat kejutan kepada ibu tercinta, Rozita Abdul Majid berjaya dilaksanakan. Dalam video dikongsikan di akaun TikTok Syifaa, jelas kelihatan ibunya terkejut, namun gembira dan terharu menerima ucapan hari lahir dan hadiah pemberian anak-anak di dalam pesawat. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Ketika dihubungi mStar, Syifaa menceritakan semula kisah di sebalik momen indah itu yang dirakam oleh rakan ibu mereka ketika dalam perjalanan dari Johor ke Sabah untuk bercuti. "Idea asal daripada abang saya. Dia seorang pilot (juruterbang) jadi lebih mudah untuk dia uruskan rancangan nak buat kejutan tu. "Sepatutnya penerbangan mama tu abang yang pandu kapal terbang tapi dia ada flight ke Hanoi pula. Jadi dia tak dapatlah nak buat surprise tu sendiri. "Tapi abang saya minta tolong kawan dia (pramugari) yang bertugas masa tu untuk buat kejutan buat mama," ujar Syifaa yang menetap di Johor. ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan hari jadi untuk ibu tergendala, bapa dengan wajah serius saat akhir ‘tukar plan’ halang anak-anak masuk bilik ARTIKEL BERKAITAN: Pernah tinggal beg tepi simpang, selinap masuk rumah... anak teruskan ‘tradisi’ buat kejutan balik beraya! Ibu tetap gagal hidu rancangan Sebagaimana dapat dilihat dalam rakaman yang tular, pada mulanya nama ibu mereka tiba-tiba dipanggil oleh juruterbang yang bertugas ketika itu. Rozita spontan mengangkat tangan dan juruterbang terus memberitahu bahawa terdapat satu pengumuman khas untuk dirinya. "Ada ucapan istimewa buat puan. Terima kasih untuk semua pengorbanan dan kasih sayang kepada kami selama ini. Perbualan di grup WhatsApp untuk merancang kejutan buat ibu. "Kami doakan semoga mama terus kekal sihat, gembira dan panjang umur. Kami sentiasa ada di sisi mama. "Jasamu akan kami kenang dan hargai selamanya. Kami sayang mama. Dari Auf, Fatheen, Tini dan Ifa," demikian pengumuman yang dibuat oleh juruterbang bertugas. Mendengar ucapan itu, Rozita terus mengalirkan air mata kerana masih terkejut dengan pengumuman dibuat sambil disaksikan rakan-rakan serta penumpang lain yang turut sama bersorak serta bertepuk tangan meraikan dirinya. Kami semua kongsi duit untuk belikan hadiah beg untuk mama tu. SYIFAA Tidak hanya terhenti di situ, Rozita turut menerima hadiah dua beg jenama Jovian yang dibeli menerusi katalog AirAsia. Menurut Syifaa, ibunya sudah lama berhajat ingin menaiki kapal terbang yang dipandu satu-satunya anak lelaki namun masih tidak kesampaian. Hadiah buat Rozita pemberian anak-anaknya. "Antara tujuan abang nak buat kejutan untuk mama ni sebab dia dah lama teringin nak naik kapal terbang dipandu abang tapi belum ada rezeki. "Abang saya memang banyak trip ke sana sini jadi masih tak berkesempatan lagi dia nak bawa flight yang mama naik. Ini sajalah yang kami sebagai anak boleh buat setakat ni. "Kami semua kongsi duit untuk belikan hadiah beg untuk mama. Abang minta tolong kawan dia nama Syikin (pramugari) untuk belikan beg dalam katalog tu dan berikan pada mama," katanya lagi. Keluarga Syifaa. Bercerita lanjut mengenai Rozita yang merupakan seorang pendidik, dia merupakan ibu tunggal setelah kematian suami pada 15 Disember 2022. Setelah semua adik beradik Syifaa berumahtangga, hanya tinggal dia dan ibunya sahaja berdua di rumah. Menurut Syifaa yang merupakan graduan Universiti Teknologi Mara, Segamat, Johor, dia beryukur apabila melihat kesungguhan adik beradiknya membahagiakan ibu mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube