SIAPA kata hubungan cinta ini mudah? Dalam situasi tertentu, perkara kecil dan remeh pun boleh membawa kepada pergaduhan dengan pasangan. Apatah lagi jika seseorang itu sukar membaca fikiran mahupun perasaan pasangannya. Menerusi satu rakaman, kelihatan sepasang kekasih di dalam kereta sedang berbual tentang 'wanita lain' ketika menunggu di lorong pandu lalu restoran makanan segera McDonald's. Perbualan dipercayai bermula apabila si gadis menyedari teman lelaki sedang melihat 'wanita' dalam satu acara menerusi telefon bimbitnya dan membuka topik dengan bertanyakan soalan. “Wow tunjuk xxx je. Kan awak boleh cuci mata kalau pergi? Tak ada ke awak tengok tu macam kalau dapat (wanita),” soalnya sambil memandu kereta. Jawapan yang diberikan teman lelaki tidak seperti yang diharapkan. Pemuda berkenaan menjawab bahawa dia menyedari siapa dirinya jika dibandingkan dengan wanita dalam video yang dilihatnya tadi. “Macam saya, saya tahu saya tak akan dapat. Sebab saya tahulah diri kita macam mana,” balas teman lelakinya, jujur. Tersentak dengan jawapan itu yang mungkin tidak seperti diharapkan, perbualan menjadi semakin tegang apabila si gadis terus mempertikaikan apa yang diucapkan oleh teman lelakinya. “Somehow apabila awak cakap macam tu kan... bila awak cakap ayat macam tu, ia membuatkan saya fikir yang perempuan tu punya level (taraf) terlalu tinggi untuk awak. Betul? “Jadi secara tak langsung, awak mengatakan level saya adalah lebih rendah berbanding wanita itu,” kata gadis itu, membuat tafsiran jawapan teman lelakinya. Si gadis mula mempertikaikan pandangan teman lelaki. Menyedari jawapan yang diberikan menyinggung perasaan teman wanitanya, pemuda tersebut segera menafikan apa yang ditafsir. “Eh bukan, bukan... bukan macam tu. Dia bukan level, maksud macam mana aaa,” katanya yang dilihat tergagap-gagap, sukar memberikan penjelasan tepat. Tak semua benda berpaksikan apa yang kita nak. Hentikan buat perkara-perkara yang menyakitkan hati sendiri. NETIZEN Tidak berhenti setakat itu, si gadis terus mengasak soalan berkaitan 'wanita' dalam topik perbualan mereka. “Tapi boleh jadi, something could be developed from that. Mungkin selepas kenal, mungkin personaliti dia okay,” ujarnya, terus memberikan pandangan. Suasana tegang di dalam kereta itu bagaimanapun ‘diselamatkan’ dengan kemunculan staf restoran makanan segera yang menyerahkan makanan dipesan mereka. Video perbualan pasangan itu yang dimuat naik di TikTok kemudian tular di pelbagai platform media sosial, termasuk Twitter. Suasana tegang terhenti sebaik menerima pesanan makanan. Rata-rata netizen mengkritik cara gadis itu yang bertanyakan soalan 'merepek' yang akhirnya membuatkan dirinya tersinggung kerana jawapan diberi tidak seperti yang diharapkannya. “Sendiri tanya, sendiri insecure (rasa tergugat) sendiri sentap. Lepas tu boyfriend jawab tipu-tipu sebab nak jaga hati girlfriend bagi soalan bodoh. “Sendiri tanya, sendiri nak sentap. Jangan belajar tanya soalan yang sendiri kecewa. Tak semua benda berpaksikan apa yang kita nak. Jawapan depa masih jawapan depa. Hentikan buat perkara-perkara yang menyakitkan hati sendiri,” antara komen netizen. Pada masa sama, segelintir netizen turut menegur pemuda berkenaan kerana ‘terlalu jujur’ memberikan jawapan tanpa memikirkan perasaan kekasih sendiri. “Aduh mat, twist jelah cakap ‘in the first place, buat apa saya nak kat dia? Saya kan dah ada awak. “Dia hanya mahu lelaki tu jawab ‘Walaupun dia ni cantik comel, dia tak boleh dibandingkan dengan awak. Saya sedar diri tak sempurna dan bersyukur ada yang sayang saya dan terima saya seadanya macam awak’. Kemudian puji la dia,” kata netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube