KUNJUNGAN seorang wanita ke hospital untuk melawat rakannya yang sakit bertukar menjadi momen kelakar dan memalukan. Wanita berkenaan, Sabrina Razali pergi ke hospital dan mendapati sahabatnya tiada di wad lantas dia duduk di atas katil pesakit. Dia juga mendapat idea untuk membuat kejutan kepada sahabatnya itu, justeru meletakkan telefon di satu sudut untuk membuat rakaman video momen pertemuan mereka di wad. Dalam video yang dikongsi, Sabrina kelihatan ceria bermain dengan butang laras katil pesakit untuk membetulkan posisi duduknya. Sementara menunggu rakannya kembali ke wad, dia juga sempat serta menukar rancangan di televisyen menggunakan alat kawalan jauh. Setelah menunggu agak lama, akhirnya tuan punya katil muncul berdiri di hadapannya, tetapi pesakit itu bukanlah rakannya. Tangkap layar video tular. Ketika itu, Sabrina yang ketika itu selamba berbaring baru tersedar bahawa katil tersebut bukanlah diduduki rakannya. "Alamak... ni bukan Shafinaz (nama rakan) ke? Salah katil. Malu wey. Kurang ajar betul! "Rupanya member saya dekat katil sebelah dari tadi," tulisnya dalam video yang tular. Dia yang malu dengan tindakannya terus meminta maaf kepada pesakit tersebut sambil menjelaskan bahawa dia sebenarnya mahu membuat kejutan tetapi telah tersalah katil. "Maaf kak. Saya nak buat surprise dekat dia," katanya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Hebatnya kuasa cinta! Suami tak pernah merungut lawat isteri di hospital, rutin selama 12 tahun... Fazura pun kagum ARTIKEL BERKAITAN: Doktor syif malam bercakap dengan makhluk ghaib persis jururawat, siap ikut melawat wad! - “Mana misi tadi pergi?” Video tersebut turut dimuat naik semula di Twitter oleh seorang pelayar yang turut terhibur dengan apa yang berlaku terhadap Sabrina. "Dia nak surprise kawan dia dekat hospital. Last-last dia yang surprise diri sendiri. Dia punya malu boleh rasa sampai sini ya!" tulisnya dalam ciapan. Rakannya, Shafinaz Sabri sememangnya berada di katil sebelah sejak awal kejadian dan tidak berganjak dari katil turut tampil memberi respons selepas video itu tular. Apa benda tiba-tiba saya dengar sesi bermaafan dekat katil sebelah. SYAFINAZ RAKAN SABRINA "Saya kena 'telan' gelak kami berdua. "Apa benda tiba-tiba saya dengar sesi bermaafan dekat katil sebelah. "Rupa-rupanya member buat hal," kata Shafinaz. Hantaran tersebut meraih lebih 700,000 jumlah tontonan setelah disiarkan. Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Sabrina di TikTok. "Betullah kejutan cuma bukan untuk member tapi untuk diri sendiri. Antara komen netizen. "Nak buat surprise, diri sendiri kena surprise. "Malu dia rasa sampai sini oi!" komen netizen dalam video asal di TikTok. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube