suria

“Dia boleh diperbaiki” - Pemuda sanggup berhabis untuk make over GF, tak kisah kawan kutuk... Yang penting ikhlas, positif

Muhammad Arsyad sanggup berbelanja lebih untuk mencantikkan teman wanitanya.

PELBAGAI cara dilakukan untuk mengungkap rasa kasih dan sayang terhadap pasangan masing-masing.

Selain menerima kekurangan dan kelemahan yang ada, segelintir individu sanggup ‘melabur’ duit asalkan hubungan yang terjalin kekal utuh selamanya.

Seperti anak muda ini, dia sanggup berbelanja dan mengeluarkan kos supaya kekasihnya kelihatan lebih cantik.

Menerusi video tular, dia menceritakan situasi sejak awal perkenalannya dengan teman wanita sehinggalah sekarang selain turut menunjukkan beberapa barangan yang dibelikan.

Kedua mereka berkenalan menerusi PUBG.

Mereka berkenalan menerusi PUBG.

Menurutnya, teman wanita pada masa itu berdepan dengan masalah kulit wajah selain susunan gigi yang tidak teratur.

Disebabkan itu, dia membelikan set penjagaan wajah serta makanan tambahan untuk kekasihnya.

Pada masa sama, dia turut menanggung kos rawatan pergigian untuk mencantikkan susunan gigi teman wanitanya.

Berkongsi kisah dengan mStar, Muhammad Arsyad berkata, dia berkenalan dengan teman wanitanya, Nur Syafiqa Izyan sejak Januari tahun lepas ketika sama-sama menyertai pertandingan permainan video PUBG.

ARTIKEL BERKAITAN: Kuasa sedekah, duit RM60 ‘beranak’ selepas belanja aunty sedang lapar! Kesian... Lama tunggu nak order tak ada siapa layan

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah GF sentap borak dengan pakwe, kemudian putus rupanya ada plot twist - “Ada yang tawarkan diri jadi kekasih baharu BF saya”

“Saya jumpa dia dalam tournament PUBG dalam talian, kemudian saya cuba pikat dengan ajak dia masuk ke dalam pasukan saya. Jadi bermula dari situlah kami semakin mesra.

“Masa kenal memang muka dia tak berapa nak okay sebab breakout... tapi saya percaya yang dia boleh ‘diperbaiki’ dan yang penting boleh dipercayai.

“Dia mempunyai sikap yang ikhlas dengan saya dan tak pernah berkira. Fikiran pun sentiasa positif,” ujar anak muda berusia 21 tahun itu lagi.

Hanya disebabkan rupa paras, dia yang merupakan altet olahraga kebangsaan mengakui pernah dilontarkan dengan kata-kata negatif kerana memilih anak kelahiran Kedah itu sebagai teman wanita.

Saya tak pernah rasa menyesal berkenalan dengan dia kerana masing-masing ada give and take dalam soal hidup.

MUHAMMAD ARSYAD

Namun, ia tidak sedikit membuatkan dirinya melenting jauh sekali memutuskan hubungan yang telah terjalin.

Malah anak muda dari Johor ini menjadikan kata-kata tersebut sebagai inspirasi untuk ‘mengubah’ teman wanitanya supaya berpenampilan menarik serta cantik.

“Pada awalnya ada yang cakap macam-macam pasal girlfriend saya... tapi saya tak pernah kisah sebab semua tu semangat untuk terus cantikkan dia.

“Bukan sahaja meninggalkan kata-kata yang kurang enak tetapi turut mengaitkannya dengan hubungan saya yang lepas,” luahnya lagi.

Muhammad Arsyad dan teman wanitanya berusia 21 tahun.

Muhammad Arsyad dan teman wanitanya berusia 21 tahun.

Menurutnya lagi, hubungan dengan wanita berusia 21 tahun itu bermula pada 11 Januari tahun lepas selepas dia berasa selesa dengannya.

Malah 'pelaburan' terus dibuat selepas sebulan mereka bergelar pasangan kekasih.

"Saya tak pernah rasa menyesal berkenalan dengan dia kerana masing-masing ada give and take dalam soal hidup... sama ada susah mahupun senang.

"Lagipun saya memang tahu yang dia sudah meminati saya dari awal lagi," katanya.

Tambahnya, dia dan pasangan juga sudah berjumpa keluarga masing-masing dan akan ke fasa seterusnya dalam masa dua atau tiga tahun lagi sekiranya ada jodoh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain