VIDEO memaparkan seorang lelaki berusia sedang menunggang motosikal sendirian pada waktu malam mengundang sebak dalam kalangan netizen. Namun, seorang gadis dikenali sebagai Rania, 23, sanggup memperlahankan kenderaannya bagi memastikan lelaki itu selamat sepanjang perjalanan dari Bandar Enstek ke Port Dickson (PD), Negeri Sembilan. "Ikutkan boleh je potong uncle ni, tapi disebabkan lampu motor hadapan dia tak ada, saya stay (kekal) dekat belakang dia, supaya nampak jalan depan. Tekan minyak 40 hingga 60 kilometer/jam (kmj) je ni. Kalau tak 100 kmj lebih. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Jalan Enstek, Sepang ke PD. Jalan ni bahaya. Yang tahu tu tahu la. Lagi-lagi tengah malam, naik motor seorang diri berbekalkan lampu belakang saja. Kita mudahkan urusan orang, InsyaAllah urusan kita akan dipermudahkan," tulisnya di TikTok. Bercakap kepada mStar, Rania berkata dia melalui kawasan itu pada pukul 2 pagi, Rabu lalu, sekali gus membuatkan dirinya berat hati untuk meninggalkan lelaki berkenaan dalam keadaan gelap gelita. "Masa tu saya baru nak balik rumah lepas habis jumpa kawan dari Sepang. Balik ke PD, saya lalu jalan Enstek. Jam 2 pagi. Saya tengok ada je kenderaan lain, tapi mereka jalan terus. Nak tolong orang bukan saja dengan menggunakan duit. Ada lagi pelbagai cara yang kita boleh bantu. RANIA "Tempat tu memang bahaya, kadang ada lembu atau lori besar yang lalu di laluan itu. Benda tu membuatkan saya terfikir keselamatan pakcik tu. "Naik motor dengan keadaan lampu depan tiada, cuma ada lampu belakang. Saya tak pasti dia nak ke mana. Saya teman dia sampai jalan besar yang terang dengan lampu," ceritanya ketika dihubungi. Selain terbit rasa kasihan, Rania berkata dia juga telah dididik oleh arwah bapanya untuk sentiasa membantu mereka yang berada dalam kesusahan. ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu lori tak sangka ada mata perhati gerak gerinya bersama pakcik bertongkat... tau-tau dah viral - “Rakan beritahu, berderau juga darah...” ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik block kereta, pemuda sanggup tunggu tak tergamak suruh alih! Lewat masuk kerja tapi dapat nikmat lain - “Saya tengok dari reverse camera” "Dah sampai tempat yang terang, pakcik tu ada ucap terima kasih juga kat saya. Lagi satu, saya teman dia sebab saya teringat akan akan arwah bapa saya yang baru saja meninggal setahun lepas. "Bapa saya juga mengajar kami adik-beradik supaya memudahkan urusan orang. Nak tolong orang bukan saja dengan menggunakan duit. Ada lagi pelbagai cara yang kita boleh bantu. Benda kecil bagi kita mungkin besar bagi orang yang memerlukan," ujarnya. Sekadar suka-suka berkongsi tentang kejadian itu menerusi TiKTok, Rania berkata dia tidak menyangka video berkenaan akan meraih lebih 600,000 tontonan. "Saya terkejut video saya viral sampai macam ni. Bila baca komen-komen, sebak juga la sebabnya orang yang tak kenal siapa saya, mendoakan saya. Rania tidak menyangka video itu tular di TikTok. "Semoga doa yang diberi berbalik kepada semua yang mendoakan," ujar Rania lagi. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sayu melihat pakcik itu, tak kurang juga yang memuji sikap prihatin dan terpuji Rania. "Bayangkan kalau itu ayahku, terima kasih orang baik. "Dah la cantik, lawa. Baik hati pula tu. Anak siapa la ni kan. Alhamdulillah. "Jalan tu memang gelap. Terima kasih orang baik," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube