"MAK kaki show off (menunjuk-nunjuk), anak jadi mangsa." Begitulah yang ditulis oleh seorang perawat Islam ketika berkongsi mengenai mangsa sihir yang datang untuk berubat dengannya baru-baru ini. Menurut perawat itu yang dikenali sebagai Ustaz Hasnan, kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan si ibu yang berkongsi slip keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anaknya di banyak platform media sosial. "Anak dia dapat A+ semua mata pelajaran dalam sijil SPM. Gembira bukan main lagi si emak sampaikan habis platform media sosial dia muat naik keputusan anak," kata perawat itu dalam video. Tanpa diduga, pelajar cemerlang itu menjadi mangsa hasad dengki penjaga lain yang mana anaknya hanya memperoleh 2A sahaja dalam peperiksaan sama. Jelas perawat itu lagi, pelaku menyihir mangsa sehingga dia seolah-olah hilang ingatan, dungu dan tidak tahu melakukan apa-apa. Tangkap layar video yang tular. "Selepas seminggu, anak dia hilang ingatan dan kerasukan sangat dahsyat. Nak mandi pun tak tahu macam mana. Termenung dan blur saja muka si anak," tulis perawat yang mempunyai pusat rawatan di Pajam, Negeri Sembilan ini. Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat seorang gadis sedang bersilat di satu ruang dalam rumah sambil seorang lelaki, dipercayai perawat itu sedang berikhtiar untuk menyembuhkannya. Malah, pengamal perubatan Islam ini turut menceritakan semula dialog perbualan yang dikatakan antara dia dan jin yang merasuk pelajar itu. "Jin tu kata aku nak bagi dia jadi b*d*h dan gila. Aku puas hati sebab cemburu dengan anak kau. Anak aku dapat dua A je," ceritanya. ARTIKEL BERKAITAN: Perawat dedah cara sihir berfungsi! Kongsi bacaan ringkas pagar diri, sekeluarga boleh amal - “Sukma mangsa akan dikurung” Video yang dikongsikan ini meraih lebih 1.1 juta jumlah tontonan setelah disiarkan di TikTok. Rata-ratanya terkejut kerana tidak menyangka ada manusia yang tergamak melakukan perbuatan syirik sedemikian. Ada juga yang memberi pendapat bahawa adalah lebih baik dan selamat untuk tidak berkongsi kebahagiaan kepada umum kerana hati manusia lain tiada siapa yang tahu. "Pengajaran untuk kita juga. Semoga adik ni diberi kesembuhan dari Allah. Komen netizen pada video yang tular. "Sebab tu dalam Facebook saya kongsikan fasal saya saja. Kongsi fasal perniagaan pun kena sihir. "Inilah sebabnya saya tak pernah post mengenai keluarga. Biar orang kata tak bahagia sebab tak pernah post fasal suami dan anak-anak," antara komen netizen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube