"MEMANG layak menang, lain daripada yang lain. Tahniah!" Demikian kata-kata pujian daripada netizen terhadap seorang murid yang diangkat sebagai juara dalam pertandingan pakaian beragam di sekolahnya yang diadakan sempena hari kemerdekaan negara. Gaya si cilik yang begitu yakin memperagakan pakaiannya bukan sahaja menarik perhatian ramai, malah turut membuatkan ramai berasa kagum dengan adanya sesi penyerahan Jalur Gemilang. Kanak-kanak itu tampil sebagai seorang angkasawan dengan memakai topi keledar dan sut yang ditempah khas menggunakan warna-warna bendera Malaysia. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Kostum tersebut adalah ilham ibu murid itu sendiri yang membawa imej patriotik, inspirasi juruterbang jet pejuang wanita. Bercakap kepada mStar, Noor Zehan Md Ramlan bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh anak perempuannya yang berusia tujuh tahun. Wanita berusia 44 tahun itni menjelaskan bahawa anak perempuannya yang belajar di sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor merupakan juara di kelasnya. "Pertandingan itu untuk murid-murid prasekolah, darjah satu hingga tiga tetapi pemenang dipilih mengikut kelas. Tiada pemenang keseluruhan dan setiap kelas difahamkan ada 10 peserta. "Alhamdulillah, anak saya dipilih juri sebagai salah seorang juara. Terharu pakaian bertemakan hari merdeka dan patrotik ini menjadi pilihan juri," katanya ketika dihubungi. Anak Noor Zehan membawa watak juruterbang jet pejuang wanita. Difahamkan anak perempuannya mengenepikan sembilan peserta lain di kelasnya, di mana salah seorang pencabar merupakan murid yang tular dengan imei tradisional persis Puteri Perak. Noor Zehan berkata, idea fesyen itu juga mendapat sokongan penuh daripada suami, yang mana ia tercetus daripada perarakan Hari Kebangsaan yang disambut setiap tahun. "Setiap kali saya menyaksikan sambutan hari merdeka di TV selain perarakan, saya akan menyaksikan pertunjukan udara. "Saya rasa terpegun melihat pesawat berpusing-pusing dengan mengeluarkan asap yang berwarna-warni terutamanya warna Jalur Gemilang," ujarnya yang berasal dari Kota Tinggi. Model permainan kapal terbang merupakan simbolik kepada imej juruterbang. Mengulas lanjut, Noor Zehan berkata kebiasaannya jet pejuang dipandu oleh lelaki dan dia mahu menyuntik semangat wanita dalam pakaian beragam anak bongsunya. ARTIKEL BERKAITAN: Anak cantik pakai tradisional ala Tokti kalah kepada dress kepuk-kepuk, bapa pertikai ‘ilmu’ juri – “Kita dah merdeka, minda masih dijajah” ARTIKEL BERKAITAN: “Pakai kat Dataran Merdeka, nanti masuk TV” - Netizen pujuk juara bertahan kalah pertunjukan fesyen, puji dress cantik "Sebab itu di belakang pakaian anak saya dipasang model permainan kapal terbang simbolik kepada jet pejuang dan bukannya replika roket. Ia merupakan permainan kapal terbang anak saya sendiri. "Ia adalah lambang patriotik seperti mana ikon Malaysia, Mejar Patricia Yap yang merupakan juruterbang wanita pertama yang mengendalikan pesawat pejuang MiG-29," jelasnya. Noor Zehan bersyukur dengan kemenangan anaknya. Menurut Noor Zehan, tidak timbul persoalan anaknya tidak memakai pakaian tradisional dalam pertandingan itu kerana dia masih mengikut tema kemerdekaan dan patriotik. "Saya mengikut konsep Hari Kebangsaan 2023 bertemakan 'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan'. Jika ditakdirkan anak saya tak menang, saya tak salahkan sesiapa. Yang penting anak saya berani mencuba. NOOR ZEHAN MD RAMLAN "Kalau ada peserta yang pakai baju kepuk-kepuk, saya rasa OK selagi mengikut tema. Benar, kita tahu pentingnya pakaian tradisional. "Tetapi anak-anak sekarang dah maju dengan pemakaian moden, jadi kita kena terapkan semangat patriotik dalam diri mereka dalam pelbagai cara," katanya lagi. Walaupun pemalu, anaknya berani beraksi ketika pertandingan. Dalam pada itu, eksekutif kanan di sebuah syarikat itu sama sekali tidak menyangka anak perempuannya yang pemalu dan pertama kali membuat pertunjukan di pentas menjuari pertandingan pakaian beragam di kelasnya. "Jika ditakdirkan anak saya tak menang, saya tak salahkan sesiapa. Yang penting anak saya berani mencuba. "Kalah pertama kali, tahun akan datang cuba kali, fikir sesuatu yang baharu untuk menarik perhatian juri dalam pertandingan akan datang," katanya sambil menambah anaknya juga manja dan mudah mesra. Terdahulu, mStar melaporkan mengenai luahan seorang bapa yang tidak berpuas hati dengan penilaian dan kriteria penjurian di sekolah sama selepas anak perempuannya tidak menjuarai pertandingan yang dianjurkan sempena kemerdekaan itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube