“AWAL bermadu sangatlah perit. Air mata ni tak dapat dipisahkan... lagi-lagi kalau giliran sana, saya akan menangis dan rasa sakit sangat,” luah seorang wanita yang pernah hidup berpoligami. Meskipun sanggup menandatangani borang keizinan untuk suami berkahwin lagi, namun jauh di sudut hatinya tidak dapat menerima segala yang terjadi. Tambahan pula gadis pilihan suami baru berusia 19 tahun. Berkongsi cerita kepada mStar, Safinatunnajjah Nasir berkata, dia pada awalnya cuba untuk menghalang suami daripada berkahwin lain. Fiena turut menafikan komentar yang dibuat seorang warga maya. Namun percubaannya itu tidak berjaya kerana hubungan kedua-dua mereka terbina atas dasar suka sama suka. “Masa mereka bercinta, saya dapat tahu dan dah cuba halang tapi tak berjaya. “Saya pasrah demi anak-anak yang masih kecil pada masa tu. Lagipun memang fikirkan anak-anak sahaja. “Sesiapa pun tak mudah nak terima poligami ni... dulu pun bukan saya yang datang pinangkan,” katanya, sekali gus menafikan dakwaan pihak yang menyatakan bahawa dia sendiri pergi meminang isteri kedua untuk suaminya. Fiena turut menjalankan perniagaan dalam talian. Berusia 32 tahun dan mempunyai tiga cahaya mata, wanita ini berkata dia masih tidak mengetahui alasan kenapa suaminya ingin menambah bilangan isteri. Melalui episod duka selama hampir dua tahun sebagai isteri pertama, dia yang mesra disapa Fiena mengakui banyak cabaran dan dugaan yang perlu dilalui sepanjang hidup bermadu. “Macam mana pun saya cuba pujuk hati untuk terima yang dia dah kahwin lagi dan cuba berbaik dengan madu pada masa itu, tapi semuanya sukar,” luahnya lagi. Tambahnya lagi, suaminya juga ada meminta supaya dia cuba berbaik dengan madu. ARTIKEL BERKAITAN: 9 tahun kahwin, 3 kali cerai... akhirnya hubungan tak dapat diselamatkan! Wanita bangkit besarkan 5 anak selepas teruk depresi ARTIKEL BERKAITAN: Setelah 9 tahun berumah tangga, isteri reda sign borang poligami demi kebahagiaan si dia... hadir majlis kenduri, suami siap request baju sedondon! Justeru, dia menurunkan ego demi menjaga hati suami. Walaupun pelbagai cara telah dilakukan untuk hidup bermadu secara harmoni, namun usahanya gagal. Dia akhirnya memilih untuk mengundurkan diri kerana merasakan ia adalah jalan terbaik untuk dia dan suami. Orang lain belajar dari kisah abang Tesla, aku belajar dari kisah hidup sendiri. SAFINATUNNAJJAH NASIR Mana tidaknya, sepanjang hidup berpoligami, semakin dia cuba rapat dengan madu, semakin sakit rasa di hati. Dia turut mengakui hidup bermadu semestinya akan ada perkara yang mengundang salah faham antara kedua-dua pihak termasuk rasa cemburu. “Saya memilih undur diri kerana saya rasa ini lebib baik untuk kami. Semakin rapat buat saya semakin sakit, makin rapat lagi tak dijaga hati. Fiena kini menjaga tiga orang anaknya. “Sekarang Alhamdulillah lebih tenang. Tak ada nak gaduh-gaduh dan salah faham,” ujarnya lagi yang kini dalam tempoh idah penceraian. Ketika meluahkan hasrat untuk berpisah, bekas suaminya hanya memberikan reaksi tidak percaya perkahwinan yang dibina lebih 10 tahun itu akan berakhir begitu sahaja. Pernah menghadiri majlis kenduri bekas suaminya dengan madu, dia mengakui hanya jasad sahaja yang wujud tetapi fikirannya kosong selain berasa sedih. Kisah dia menghadiri majlis tersebut juga pernah disiarkan mStar pada tahun lepas. Warga maya turut memberi sokongan dan meluahkan perasaan di ruangan komentar. Terdahulu, video perkongsiannya di halaman TikTok mendapat perhatian warga maya. Menerusi ruangan kapsyen, dia mengakui telah belajar dari pengalaman hidup sendiri berbanding para wanita lain yang menjadikan kisah ‘abang Tesla’ sama ada sebagai panduan atau sempadan. “Orang lain belajar dari kisah Abang Tesla, aku belajar dari kisah hidup sendiri. “Isteri yang cuba menerima poligami, madu... akhirnya undurkan diri. Pasti akan ada kelukaan yang amat mendalam di hati. “Wanita pertama dipaksa untuk menerima kesakitan sedangkan yang kedua dengan kerelaan hatinya,” luahnya. Rata-rata warga maya meninggalkan komen positif dan memberi kata-kata semangat kepadanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube