suria

Gagal jawab exam, pelajar tunjuk pandai media sosial... Trol cikgu di ruang jawapan - “Nak nangis, aku mengajar macam nak gila”

Jawapan berbentuk 'trol' yang diberikan oleh pelajar menjadi tular di twitter. -Gambar hiasan

TIDAK dapat dinafikan, ketika ini bukan hanya ibu bapa, malah golongan guru juga berdepan cabaran yang bukan kepalang dalam mendidik generasi muda.

Pengaruh gajet dan juga media sosial menjadi antara penyumbang terbesar kepada perilaku dan pemikiran anak-anak masa kini.

Ketika ini, kecoh di media sosial mengenai keluhan golongan guru yang meluahkan rasa bimbang dan sedih apabila ada kelompok pelajar yang berani mengaplikasikan budaya 'trolling' ketika menjawab kertas peperiksaan.

Ia bermula apabila seorang guru memuat naik satu video yang memaparkan salah seorang pelajarnya menjawab soalan peperiksaan dengan menulis 'sebab boleh' pada ruangan jawapan.

Gajet memberi kebaikan kepada pelajar namun jika digunakan tanpa batasan, ia memberi kesan negatif kepada generasi muda. -Gambar hiasan/Faihan Ghani/The Star

Gajet memberi kebaikan kepada pelajar namun jika digunakan tanpa batasan, ia memberi kesan negatif kepada generasi muda. -Gambar hiasan/Faihan Ghani/The Star

"Soalannya, mengapakah lebuh raya dibina di Malaysia? Budak ni jawab 'sebab boleh'. Haishhhh pening, pening," kedengaran keluhan guru berkenaan.

Video tersebut menjadi tular dan mendapat perhatian guru lain yang turut meluahkan perasaan bimbang mengenai budaya ini yang semakin 'subur' dalam kalangan pelajar.

"Bila students jawab 'sebab boleh cikgu' dalam kelas dan dalam kertas ujian. Cousin aku dah menangis dah sebab rasa exhausted. Bila anak-anak consume banyak media sosial tanpa tapisan, kejahilan perlahan datang menyapa," tulis seorang warga maya di laman Twitter sehingga meraih 13,900 ulang kicau.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil layan TikTok! Cikgu penat perah otak buat set soalan, tergamak pelajar tulis ‘kamu nanya?’ di ruang jawapan

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ditanya manusia pertama jejak ke bulan, guru terpinga-pinga satu kelas ketawa... biadab petik nama pelakon porno

Selain itu, seorang pelayar Twitter turut mengakui perkara yang sama sehingga merasa seakan-akan berputus asa apabila pelajar mengambil remeh soal pelajaran.

"It's happened to me, last year trend 'kamu nanyakk?'. And bila buat soal jawab memang akan ada budak jawab 'kamu nanyakkk?' then terbawa-bawa jawapan yang sama dalam exam. Ya Allah frust sangat-sangat. Kalau ikutkan, nak lempang sekor-sekor sebab diaorang tahu je benda tu salah bila dibuat, tak makan saman!" komen seorang pelayar yang merupakan seorang guru.

Kadang-kadang diaorang pun tak tahu yang apa diaorang buat tu sebenarnya biadab. Dah penat nak kecil hati, mampu tegur setakat mana mampu je lah.

NETIZEN

"Macam nak nangis wei. Aku hari-hari mengajar macam nak gila, bila exam hantar kertas kosong! Ya Allah, semoga ada rezeki aku pindah. Tak ada kepuasan langsung jadi cikgu kat sekolah ni selama bertahun-tahun.

"Minta pindah tak dapat-dapat. Betul-betul dah nak putus asa. Macam nak berhenti jadi cikgu," komen seorang guru yang lain.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut melahirkan pandangan senada malah mengaitkan tingkah laku generasi muda ketika ini adalah disebabkan pengaruh media sosial yang tidak terbatas.

komen trol

Antara komen netizen terhadap video yang tular di media sosial.

"Betul, budak sekarang kurang ajar. Mak aku selalu cerita yang cikgu-cikgu selalu complain dalam group WhatsApp pasal budak-budak sekolah walaupun kelas depan sekali. Dulu zaman aku duduk kelas depan semua perangai elok-elok.

"Zaman sekarang murid dah sangat-sangat kurang common sense tentang adab. Kadang-kadang diaorang pun tak tahu yang apa diaorang buat tu sebenarnya biadab. Dah penat nak kecil hati, mampu tegur setakat mana mampu je lah.

"Sorry to say tapi saya rasa pengaruh TikTok, media sosial dan persekitaran sekeliling pelajar tu buatkan mereka jadi macam tu," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain