suria

Roti wap viral, baru tengok dah terliur! Selepas bayar RM11, buka bungkusan baru sedar peniaga tipu hidup-hidup

Seorang pelanggan kecewa apabila membeli roti wap yang sedang viral.

APABILA makanan tiba-tiba viral, kedai dan peniaganya terus menjadi tumpuan.

Begitu juga dengan roti kukus atau nama lainnya roti wap yang begitu menjadi perhatian dan kegilaan ramai.

Tekstur rotinya begitu lembut dan gebu, intinya pula terdapat pelbagai perisa.

Lebih membuatkan ramai terliur apabila intinya diletak padat di dalam roti sehingga lebihannya yang meleleh keluar boleh dilihat dari bahagian luar.

Namun bagi seorang pemuda, roti kukus yang dibelinya hanya indah khabar dari rupa.

Krim berperisa hanya disalut di bahagian atas roti.

Mana tidaknya, krim berperisa kaya pandan hanya diletak di bahagian atas roti tetapi kosong tanpa inti di bahagian dalam.

“Nak tengok magik? Ini roti wap yang aku beli tadi. Kosong,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial.

Menerusi video berdurasi 24 saat itu, kesemua kepingan roti kukus yang dibeli dalam satu pek berharga RM11 itu hanya mempunyai krim kaya di bahagian luar dan kosong di dalamnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lain macam Burger Malaysia bulan Ramadan! Roti liat dicalit sos, inti ikan bilis hangit... timun, salad tak nampak bayang

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga kedekut teruk! Popia goreng inti 2 urat tauge mengejutkan pelanggan, luaran je nampak normal - “Jenis berniaga tak nak keberkatan”

Dia turut mempertikaikan tindakan peniaga sedangkan proses menyiapkan roti tersebut begitu mudah iaitu hanya perlu menyalut krim berperisa dan mengukusnya.

Malah, dia menyifatkan kualiti makanan yang dibelinya tidak setimpal dengan harga.

“Kau fikirkan kaya pandan di atas dia. Roti dah siap, cuma kau wap kan dia, harga RM11.

“Apa benda ni? Kosong... eh, apa benda ni?” soalnya yang tidak berpuas hati dengan roti yang dibelinya berserta keterangan video ‘roti wap magik’.

Yang wap hanya roti, takkan sampai inti nak diwapkannya (hilang).

NETIZEN

Di ruangan komen, pemuda itu memberitahu, dia membeli roti wap tersebut daripada seorang peniaga di Melaka tanpa menyatakan lokasi secara khusus.

Rata-rata netizen turut terkejut dengan roti kukus yang dibeli pemuda itu dan mengkritik tindakan peniaga yang hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata.

Antara komen netizen.

“Yang wap hanya roti, takkan sampai inti nak diwapkannya (hilang).

“Eh baran aku tengok. Kalau aku bawa pulangkan pergi ke kedai tu balik.

“Esok beli lepas tu abang buka depan dia. Tanya apa ni kak? Ini ke roti RM11?

“Kau beli roti wap bang, memang dapat wap je la,” demikian antara komen netizen.

Selain itu, segelintir netizen turut mengakui roti kukus atau roti wap yang menjadi makanan viral adalah berbeza sehingga dijual pada harga lebih mahal sedangkan sama seperti roti lain.

“Aku pernah beli roti wap, serius aku ingat bila dia wap roti tu, kot la ada beza ke rasa sebab mahal. Sekali sama je rasa roti biasa,” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain