MENCUBA pelbagai jenis makanan dan minuman sekiranya berkunjung ke negara asing merupakan satu aktiviti 'wajib' dilakukan. Begitu juga dengan seorang pelancong dari Eropah ini yang datang ke Malaysia dan mencuba air nira kelapa pandan atau dipanggil 'air tuak' yang dibeli di sebuah gerai tepi jalan. Sebelum minum air tersebut, Ken Abroad mendapatkan kepastian dengan bertanya tentang kandungan minuman itu dan sama ada ia mengandungi alkohol sebelum peniaganya menjawab 'tiada'. Lelaki ini menjelaskan tentang rasa air tuak yang diminum. Minuman itu yang diisi dalam botol air mineral dengan sukatan 150 mililiter (ml) dijual pada harga RM7 dan 'mat salih' itu menganggap harganya agak mahal. "Harganya agak mahal. Saya nak cuba rasa satu. "Ada sedikit rasa yang terhasil (formented). Rasa macam... susah nak gambarkan pelik tapi menarik dan unik. "Tapi rasanya taklah teruk sangat (not bad). Menyegarkan. Menarik!," katanya menceritakan tentang rasa air tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis desa geng mat salih! Baru sedar pelancong asing lebih hargai kampung - “Mereka tak tahu KLCC, lagi kenal Terengganu” ARTIKEL BERKAITAN: Bayi barbie! Tiada darah 'mat salih', terkejut anak lahir mata kelabu... Ibu mengaku buat sesuatu masa hamil Menurut cerita Ken Abroad dalam video tersebut, dia baru pertama kali mencuba air tuak sepanjang hidupnya. Melihat suasana dan persekitaran dalam video itu, netizen berkata pelancong berkenaan lalu dan singgah di salah satu gerai di kawasan pedalaman Gua Musang di Kelantan. Dia mengakui tidak dapat menghabiskan air tuak tersebut pada masa itu tetapi akan cuba untuk membiasakan diri dengan rasanya. Dia yang menunggang motosikal turut menunjukkan beberapa kawasan lain berdekatan yang rata-ratanya menjual air tuak. Air tuak banyak dijual di kawasan kampung di Kelantan. "Cuba tengok (tunjuk kawasan) banyak gerai menjual air tuak. "Rasanya saya ada terjumpa satu lagi sebelum ni. Jadi ada tiga gerai dalam masa beberapa minit. Mesti minuman tu sangat popular dekat kawasan sini," jelasnya. Hantaran tersebut meraih lebih 700,000 jumlah tontonan setelah disiarkan olehnya di TikTok. Ada tiga gerai dalam masa beberapa minit. Mesti minuman tu sangat popular dekat kawasan sini. KEN ABROAD Selepas video itu tular, ada netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataannya yang menganggap harga minuman itu mahal kerana proses untuk menghasilkannya agak sukar. Malah, ada juga netizen yang berseloroh dengan mencadangkan supaya dia mencuba air ketum. Komen netizen pada video. "RM7 tu harga standard (biasa) sebab prosesnya (sukar). "RM7 tu dikira murah. Kebanyakan tempat menjual dengan harga RM10. "Itu harga berpatutan untuk air tuak. Ia susah untuk diekstrak," antara komen netizen di TikTok. Air tuak merupakan air manisan yang diambil daripada pokok famili Arecaceae atau Palmae terutama pokok kelapa (cocos nucifera linn) atau pokok nipah (nyipa fruticans). Proses menghasilkan nira kelapa dan nira nipah adalah hampir serupa bagaimanapun kaedah yang digunakan berbeza. Nira kelapa diambil daripada mayang kelapa di bahagian atas pokok sementara nira nipah pula diekstrak dari tangkai buah yang keluar dari perdu pokok nipah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube