SEORANG lelaki dipercayai berstatus suami dan bapa tampil membuat penafian susulan dakwaan dia melakukan gangguan seksual terhadap seorang gadis. Menerusi satu hantaran dibuat di grup Warga Setiu pada Isnin, lelaki tersebut menegaskan bahawa akaun Facebook peribadinya telah digodam. “Saya mohon maaf atas apa yang viral pada Facebook saya hari ini. Malam tadi (Ahad) Facebook saya tak boleh buka, ada orang gunakan akaun Facebook saya. Hantaran yang dibuat oleh lelaki tersebut membuat pemohonan maaf terbuka. “Akaun saya dah kena hack. Saya tak buat kerja kotor macam tu. Saya ada anak isteri untuk saya tanggung. “Saya tak tahu apa yang terjadi pada saya, mungkin Allah nak uji saya. Saya bukan macam tu,” katanya. Dia juga mendakwa sudah beberapa kali cuba untuk daftar keluar daripada akaun yang digodam namun usahanya gagal. Posting permohonan maaf yang dibuat lelaki ini dibuat selepas tular tangkap layar perbualan di ruang chat Facebook di antara dirinya dengan seorang gadis, Shimalaa Sanmuggam yang menghantar mesej untuk mencari rumah sewa. Shimalaa meminta bantuan daripada lelaki itu untuk mendapatkan rumah sewa di sekitar daerah Setiu dan Bandar Permaisuri di Terengganu. ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali kena gangguan seksual dalam masa 24 jam, jerit pun tak guna... wanita ini sedar sikap orang sekarang - “Penumpang lain hanya tengok ‘drama’ saja” ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak berada di sana” - Peja kata dakwaan gangguan seksual hanya fitnah Shimalaa berkata dia menghubungi lelaki itu selepas 40 tuan rumah yang dihubunginya sejak lebih dua minggu lalu menolak permintaannya untuk menyewa. “Sekarang, ada lelaki ini. Lihatlah bagaimana dia ‘membantu’. Saya mendapat tahu tentang dia melalui kumpulan Warga Setiu di Facebook. Bantuannya sangat ‘besar’,” tulisnya dalam hantaran yang tular. Namun, lain pula yang terjadi apabila lelaki itu dilihat cuba bertindak di luar batasan dengan mengajak wanita ini ‘bersama’ seperti pasangan suami isteri jika dia berjaya mencari rumah sewa seperti yang diminta. Orang minta tolong. Boleh pula dia mintak balasan bukan-bukan. NETIZEN Menerusi tangkap layar perbualan yang tular, dapat dilihat lelaki ini meminta upah sekiranya dia berjaya mendapatkan bilik sewa namun tidak mahu menerima ganjaran dalam bentuk wang. “Saya nak upah tapi tak nak duit. Saya nak benda lain. “Saya nak upah 'main'. Saya nak 'main' macam orang selepas berkahwin,” jelas lelaki itu membalas mesej Shamalaa. Komen Shimalaa pada hantaran asal. Shimalaa dalam hantarannya turut meluahkan kekesalan dengan apa terjadi terhadap dirinya yang terpaksa hidup bersendirian di negeri orang dan sedang memerlukan bantuan. Susulan kejadian itu, pengadu memaklumkan telah mengambil tindakan lanjut berhubung gangguan seksual terhadapnya namun tidak dinyatakan secara terperinci. Komen netizen pada hantaran tular. Perkongsian wanita itu di Facebook meraih perhatian netizen yang marah terhadap tindakan lelaki tersebut. “Orang minta tolong. Boleh pula dia minta balasan bukan-bukan. “B*d** punya budak. Dah kahwin pun masih lagi ajak orang lain main dengan dia. “Mencari kesempatan dalam kesulitan orang lain. Gangguan seksual lagi. Boleh dikenakan tindakan mahkamah,” antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube