KEASYIKAN seorang pengapit memalu kompang di sebuah majlis perkahwinan di Muar, Johor baru-baru ini menarik perhatian ramai. Pengantin lelaki, Mohd Azry sendiri memuat naik video itu yang memaparkan kesungguhan pengapit kepada isterinya, Putri Shafiqa Sofian memukul kompang. “Dia lupa datang sebagai apa,” tulis Azry secara berseloroh di ruangan kapsyen dan pada video. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Ketika dihubungi mStar, Shafiqa menceritakan semula kisah di sebalik video tular itu yang mana dia mengakui gian untuk bermain kompang pada ketika itu. “Sepupu (pengantin lelaki) memang tahu perangai riuh saya macam mana walaupun nampak lemah lembut sebab kami memang rapat dari kecil, sebab tu dia buat kapsyen (sarkastik) macam tu. “Makcik-makcik saya suruh geng kompang tu masuk rumah main depan pelamin. Saya tengah kipas pengantin perempuan masa tu sebab jadi pengapit. ARTIKEL BERKAITAN: Pengapit perempuan asyik jeling, menyampah! Gara-gara tak puas hati dapat kipas patah, akhirnya bertemu jodoh ARTIKEL BERKAITAN: Persahabatan lebih 10 tahun putus, bakal pengantin ‘marah’ sahabat baru kematian nenek batal jadi pengapit “Saya mula rasa macam best je kalau dapat join untuk lepas gian. Lagi pula, sudah dua hari saya terpaksa skip latihan kompang sebab balik kampung untuk kenduri ni,” ujarnya. Bercerita lanjut mengenai video tular di TikTok, Shafiqa berkata pada masa itu dia tanpa berfikir panjang terus meminjam alat muzik itu daripada salah seorang pemain kompang di hadapannya. Katanya yang berasal dari Melaka, ini merupakan kali pertama dia bermain di hadapan ahli keluarga dan saudara maranya. Persembahan Shafiqa bersama ahli kumpulan kompang mewakili syarikat. Namun begitu, Shafiqa yang berusia 28 tahun tidak segan memukul kompang walaupun dia menjadi satu-satunya 'bunga' dalam kalangan ahli kompang tersebut sehingga ramai menyangka dirinya adalah ketua kumpulan. “Pengantin dan famili pun 'provoke' saya suruh main kompang sebab tak percaya saya boleh main... mereka tak pernah tengok depan mata sebelum ni. Jadi bila tengok mereka rancak pukul kompang saya rasa nak ikut sekali. PUTRI SHAFIQA “Jadi saya terus minta alat muzik daripada salah seorang geng kompang dan mula ikut rentak lagu mereka mainkan. “Ini kali pertama saya bermain kompang dalam majlis kahwin dan lagu-lagu tema majlis. Sebab tu dalam video muka saya nampak agak serius tengah kejar tune lagu mereka bawakan,” jelasnya mengenai video. Bekerja sebagai setiausaha syarikat swasta, SP Setia di Setia Alam, Selangor, Shafiqa berkata dia sudah setahun bermain kompang. Menceritakan pengalamannya sebelum ini, dia dan 27 ahli kompangnya pernah mewakili syarikat untuk membuat persembahan sempena pembukaan rasmi Battersea Power Station di London pada September 2022 yang dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah. Shafiqa mula bermain kompang sejak satu tahun lalu. “Saya dah lama main kompang untuk syarikat lepas sertai kumpulan Setia Harmony Arts & Culture. Kami ada cikgu yang mengajar setiap hari sepanjang tempoh belajar. “Saya gian sebab sudah dua hari tak main. Sepatutnya ada latihan esoknya selepas majlis tapi saya tak boleh hadir sebab Azry kahwin. “Jadi bila tengok mereka rancak pukul kompang saya rasa nak ikut sekali. Sebelum ni tak pernah main dalam mana-mana acara,” katanya lagi. Anak kedua daripada tiga adik beradik ini berkata, dia dan ahli kumpulan kompangnya tidak menerima tempahan untuk bermain di majlis kenduri. Shafiqa bersama ahli kumpulan kompang lain ketika berada di London. Malah, dalam ahli keluarganya, hanya dirinya seorang sahaja yang berminat untuk bermain kompang secara sukarela. “Setakat ni kami tak ada masuk sebarang pertandingan atau menang apa-apa acara lagi. Sebelum ni hanya saya saja perempuan dalam kumpulan. Tapi bulan Julai baru ni sudah tambah ahli baru. “Kami hanya buat perkhidmatan bermain kompang untuk acara-acara tertentu saja. Contohnya baru-baru ni saya bermain kompang untuk majlis Setia4Malaysia Unity Run,” ujarnya menutupi kisah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube