PASTI ramai dalam kalangan kita yang biasa mendengar ungkapan 'permudahkan urusan orang, kelak urusan kita pula dipermudahkan'. Berpegang kepada prinsip itu, seorang runner tanpa berfikir panjang menawarkan bantuan kepada sepasang suami isteri warga asing bersama anak mereka yang dilanda masalah gara-gara tidak mempunyai pengangkutan untuk ke destinasi. Walaupun berdepan pelbagai cabaran sepanjang perjalanan, namun runner tersebut gembira kerana akhirnya dapat menghantar tiga beranak berkenaan ke destinasi dengan selamat. Mengimbas kembali kisah yang berlaku minggu lalu, runner yang hanya mahu dikenali sebagai Nasree berkata, dia tergerak untuk mendekati tiga beranak berkenaan kerana mereka kelihatan sugul seperti sedang dilanda masalah. "Saya terserempak dengan keluarga tersebut di Lebuh Carnavon, Georgetown. Nampak macam ada masalah lalu saya tegur mereka. Si isteri memberitahu mereka perlu ke Permaisuri, Terengganu. Kereta Nasree rosak ketika tiba berhampiran Jeli, Kelantan. "Namun pemandu yang berjanji untuk menghantar mereka tidak dapat dihubungi saat-saat akhir. Mereka juga cuba membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing, malangnya dibatalkan oleh beberapa pemandu. "Jadi mereka minta bantuan saya untuk hantar ke destinasi kerana mereka tiada pilihan lain memandangkan perlu berada di Terengganu pada waktu petang hari tersebut. "Saya mengambil sedikit masa dan membuat panggilan kepada keluarga untuk maklumkan hal itu sebelum membuat keputusan menolong menghantar tiga beranak itu," ceritanya kepada mStar sambil menambah, keluarga kecil itu berasal dari Barcelona, Sepanyol. ARTIKEL BERKAITAN: “Silalah jadi runner yang sudi dibayar sedikit” - Upah RM10 dianggap mahal, ustazah ‘ceramah’ pelanggan kedekut ARTIKEL BERKAITAN: Alahai nasib badan... upah kerja 2 minggu, runner terkilan dapat duit koyak, berlubang – “Saya maafkan akak tu” Bagaimanapun tanpa diduga, Nasree, 38, berkata ketika dalam perjalanan, keretanya tiba-tiba rosak apabila melepasi Gerik, Perak. Namun ujarnya, tiga beranak berkenaan langsung tidak merungut malah membantunya menolak keretanya yang tidak boleh dihidupkan. Dalam hidup ini kita perlu ikhlas dan yakin, jika kita permudahkan urusan orang lain, urusan kita juga sentiasa Allah permudahkan. NASREE "Kereta bergerak semata-mata turun bukit saja. Alhamdulillah sampai di Jeli, tunggu sekitar dua jam untuk trak tunda datang dan bapa saya sampai untuk hantar keretanya. "Tukar kereta dan kami sambung perjalanan ke Terengganu. Alhamdulillah selamatlah mereka sampai ke destinasi akhirnya. "Saya minta maaf sebab mereka terpaksa lalui pengalaman yang kurang enak tapi mereka bersungguh kata mereka okay dan gembira walaupun berdepan cabaran namun bersyukur sebab saya bantu," ujarnya yang berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang. Tangkap layar perbualan Nasree dengan isteri kepada pelancong tersebut. Hampir tujuh tahun bergelar runner sepenuh masa, Nasree berkata pengalaman bersama tiga beranak tersebut adalah antara yang tidak akan dilupakannya. Tambah lelaki ini, keretanya kini sedang dibaiki di bengkel dan dijangka siap dalam tempoh dua minggu. Sekadar berkongsi pengalamannya di Facebook, Nasree berkata dia tidak menyangka coretannya itu mengundang perhatian warga maya. "Dalam hidup ini kita perlu ikhlas dan yakin, jika kita permudahkan urusan orang lain, urusan kita juga sentiasa Allah permudahkan. "Dan, jika kita sudah berjanji untuk membantu, kita haruslah selesaikan sebaik mungkin kerana itu adalah tanggungjawab kita," ujarnya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube