"KALAU akok ni tak cukup saiz, janganlah jual." Begitulah teguran untuk peniaga kuih yang menjual akok di Bangi, Selangor dan dikongsikan di Facebook Bandar Baru Bangi Community. Kata Ikram Rosdi, dia terpanggil untuk menceritakan pengalamannya ini apabila melihat kenalannya membuat aduan di akaun Facebook mengenai saiz kuih dibeli tidak setimpal dengan bayaran dibuat. "Teringat perbualan, saya mengadu dalam Facebook yang dia dapat kuih agak kecil saiznya. Saiz kuih akok yang biasa dijual. -Gambar hiasan "Bukan produk saya tapi dah alang-alang, sajalah nak berkongsi kisah," katanya mengimbas kembali kejadian. Menurutnya yang berniaga di sekitar kawasan Bangi, Selangor, mesej yang dihantar menerusi perbualan WhatsApp ini diterima daripada seorang pelanggan tetapnya sendiri. "Dik. Akak nak bagitahu ni tapi jangan terasa hati. Akak cuma nak tegur je. Kalau akok ni tak cukup saiz, janganlah jual. "Yang lain semua okay. Satu ni je halus sangat. Tak bolehlah macam ni," luah pelanggan itu dalam mesejnya. ARTIKEL BERKAITAN: Sikap jujur dan ‘kecomelan’ peniaga disenangi ramai, tiada pelanggan marah walau jual gulai kawah tawar - “Rasanya sedap, rugi beli satu” ARTIKEL BERKAITAN: “Nak dapat seorang pelanggan pun susah” - Jarak pemisah buat anak resah, simpati gerai air tebu bapa sepi... dah la cuaca buruk, PKPB pula! Namun, menurut Ikram, dia tidak menjual makanan yang saiznya tidak sesuai untuk dijual. Malah, dia hanya memberikan kuih tersebut sebagai sedekah kepada pelanggan yang membeli pada ketika itu. "Dalam isu saya ni, tak perlu risau. Sebab akok yang tak cukup zat memang saya tak akan jual. "Saya akan bagi sahaja. Dan kebiasaan saya akan beritahu kepada pelanggan yang beli, akok tersebut adalah percuma," katanya lagi. Peniaga perlulah jujur dalam berniaga demi mencari keberkatan rezeki diterima. -Gambar hiasan Jelasnya mengenai isu teguran diterima oleh pelanggannya sebelum ini, ia merupakan satu salah faham sahaja. Tetapi dia menghargai teguran secara terus diterima dan bukannya yang ditularkan tanpa sebarang usul periksa. "Salah faham ni kalau nak jadi, tetap akan terjadi. Sama macam kes akak ni. Yang beli anak dia. Bila sampai dekat rumah dan anaknya pula tak beritahu (akok percuma). "Jadi saya dah jelaskan, barulah dia faham. Namun saya tetap hargai bila ada orang yang beritahu terus jika ada sesuatu yang tak kena dengan produk. "Bukan melalui media sosial yang dah diviralkan tanpa kepastian. Sekurang-kurangnya kita boleh buat sesuatu tanpa diganggu dengan ketidakstabilan emosi bukan," jelasnya. Bila sampai dekat rumah dan anaknya pula tak beritahu (akok percuma). IKRAM ROSDI Dalam hantaran sama, lelaki tersebut turut menitipkan pesanan kepada pelanggan sekiranya mahukan kepastian, perlulah bertanya kepada peniaga secara terus. Tambahnya lagi, bagi peniaga pula, mereka perlu berlapang dada dan jangan terlalu cepat terasa sekiranya menerima sebarang aduan daripada pelanggan. "Jika ada salah faham, terangkan dengan baik. Kalau ada kesalahan daripada pihak kita, buat penambah baikkan. Kita kan nak berniaga lama," jelasnya memberi pesanan. Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai setelah dimuat naik di Grup Facebook tersebut. Komen netizen di Facebook. Siapa sangka, di ruangan komen rata-ratanya lebih banyak permintaan kuih akok yang dijual dengan saiz kecil berbanding besar. "Comel je saiz akoknya. Sekali ngam (suap) je senang makan. "Jangan salah faham. Kadang-kadang yang kecil tu dia sedekah bersangka baik cuba kira kadang-kadang dia lebihkan satu dua tak beritahu kita. "Zaman viral, semua kalau boleh nak sebarkan. Bukan nak tanya dulu atau bercakap dengan penjual," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube