suria

“Nak tengok bunga api kan?” - Panjat pokok tak reti turun, kucing bikin drama saspens di Hari Kebangsaan

Putih berjaya diselamatkan pasukan bomba.

MEREKA yang memelihara kucing pasti sudah terbiasa dengan pelbagai ragam mencuit hati si bulus.

Kadangkala, gelagatnya menghiburkan, tetapi ada juga waktunya yang membuatkan perasaan geram timbul apabila keadaan rumah menjadi huru hara.

Seperti rakaman video tular baru-baru ini, pemilik seekor kucing berwarna putih yang dikenali sebagai Syaza mengakui dirinya hampir sakit jantung apabila melihat anak bulusnya itu berada di puncak pokok kelapa.

Tambahan pula, ‘tragedi’ berlaku pada 31 Ogos di saat seluruh rakyat Malaysia sedang meraikan sambutan kemerdekaan.

“Tragedi hari ni, nak tercabut jantung rasanya... terima kasih abang Bomba Kuala Krau (Kelantan) tolong kucing saya,” luahnya di ruangan kapsyen.

Menerusi video tersebut, kucing yang dipanggil Putih itu dilihat berada di antara gugusan buah kelapa selepas tidak berjaya untuk turun semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah tak bawa ‘ahli keluarga’ beraya di kampung, wanita terpaksa hadap rumah macam crime scene... lantai tiba-tiba ada corak

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa suruh janji, kan dah ‘kejung’ merajuk! Pramugari bingung kucing marah baju raya tak sedondon - “Ni haiwan ke manusia?”

Lebih membimbangkan apabila cuaca ketika itu sedang hujan dan dikhuatiri buah kelapa serta daun pelepah menjadi licin.

Bagi Syaza, cara terbaik untuk membantu kucingnya adalah dengan meminta bantuan daripada pihak bomba kerana ketinggian pokok kelapa itu melebihi bumbung rumahnya.

Susulan kejadian itu, satu jentera bomba datang ke rumahnya bagi melakukan aktiviti penyelamatan.

Kenapa healing atas pokok tu sayang... kesian bibik risau sampai menangis-nangis.

WARGA MAYA

Disebabkan sukar untuk pergi ke bahagian tersebut, pihak bomba menggunakan kaedah sambutan selepas ‘menjolok’ kucing berkenaan dari bawah.

Menerusi rakaman tersebut juga, terdengar Syaza menjerit meminta Putih melepaskan cengkaman pada buah kelapa.

“Tak apa Putih, lepaskan tangan tu,” jeritnya diikuti terjunan kucing dari atas pokok yang kemudian pantas disambut bomba.

Menceritakan situasi yang berlaku, ujarnya, ia berpunca daripada anak saudara yang mengejar Putih sehingga haiwan kesayangan itu ketakutan dan memanjat pokok kelapa bagi menyelamatkan diri.

Antara reaksi warga maya selepas melihat aksi Putih.

Antara reaksi warga maya selepas melihat aksi Putih.

“Anak saudara kejar, dia mungkin takut sebab itu panjat pokok sampai ke atas,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, kucing sebagai haiwan yang selalu digelar sebagai ‘tuan’ mengundang pelbagai reaksi mencuit hati warga maya.

“Kenapa healing atas pokok tu sayang... kesian bibik risau sampai menangis-nangis.

“Kucing pandai naik tapi kalau turun tu memang lambat.

“Nasib baik dengar cakap tuan suruh lepas tangan, kalau tak kejung kat atas tu.

“Nak tengok pertunjukan bunga api dari jauh kan,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain