suria

Gigih rakam kesedihan, luahan emosi demi media sosial! Content mungkin dibuat mereka yang sepi, tak cukup kasih sayang

Generasi masa kini dikatakan gemar memuat naik kandungan yang mengundang simpati. -Gambar hiasan

PERKEMBANGAN teknologi dan kepelbagaian platform interaksi dalam talian mendorong 'lahirnya' ramai pencipta kandungan (content creator).

Kebanyakannya gemar mengetengahkan aspek penampilan diri, solekan mahupun sajian terkini sebagai kandungan untuk dipaparkan kepada umum.

Bagaimanapun, ada pula yang memilih menonjolkan sisi lain dalam diri mereka menerusi platform ini.

Ramai yang ingin menjadi pencipta kandungan kerana pulangan yang lumayan. -Gambar hiasan The Star/Yap Chee Hong

Ramai yang ingin menjadi pencipta kandungan kerana pulangan yang lumayan. -Gambar hiasan The Star/Yap Chee Hong

Selain meluahkan masalah peribadi atau perasaan yang dialami kepada orang lain, ada yang sanggup merakam aksi menangis semasa menghadiri upacara pengebumian.

Perkara tersebu diluahkan seorang pelayar Twitter yang mengakui berasa pelik dengan masyarakat masa kini seolah-olah tidak cakna dengan situasi semasa.

“Macam mana sesetengah orang boleh terfikir nak rekod diri sendiri menangis, sembahyang sebagai content?

ARTIKEL BERKAITAN: Rakam video, buat poster sendiri tapi hasil ‘sendu’! Kesian tengok makcik ‘struggle’ guna media sosial demi pertahan gerai usia 12 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick rakam detik menangis dalam kereta, emosi terganggu - “Saya dengar lima, enam suara dalam kepala beri idea berbeza untuk kerja”

“Sedihnya pakcik aku meninggal... nak rekodlah aku nangis atau dah nak masuk waktu, nak upload solat Asar.

I'm not judging, just genuinely curious. My brain cannot process,” ciapnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakannya bersetuju dengan pandangan yang diutarakan itu.

Mungkin cara untuk luahkan perasaan? Tak cukup tempat luahan, jadi luah pada pengikut.

WARGA MAYA

Mana tidaknya, merakam tindakan menangis atau solat adalah satu proses dan memerlukan waktu yang lama kerana seseorang itu perlu memasang kelengkapan selain menyunting sebelum content dimuat naik ke media sosial.

“Kan? Beberapa minit diperlukan untuk setup telefon, cari sudut yang sesuai... kemudian pergi duduk semula dan nangis.

“Ya. Dia macam ada limit, yang terlampau personal sepatutnya tak jadi kandungan. Dulu selalu tumpang nangis bila orang kongsi tentang kematian, tapi selepas fikir boleh buat kandungan (media sosial)... okaylah tak mahu tumpang sedih.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Its the narcissistic nature of our social media society. Kadang terfikir macam mana mereka boleh minta orang untuk tolong rakamkan gambar atau video untuk tunjuk solat atau menangis.

“Dia anggap perbuatan tu sama dengan pergi makan atau jalan-jalan... macam aktiviti baharu,” ujar beberapa warga maya.

Namun begitu ada yang menyatakan ia adalah cara sesetengah individu untuk menghadapi tekanan emosi yang dialami.

Malah ia turut dikaitkan dengan metodologi baharu bagi menangani masalah kesihatan mental seperti stres.

“Mungkin cara untuk luahkan perasaan? Tak cukup tempat luahan, jadi luah pada pengikut dan sesetengah individu hanya mempunyai rakan baik sahaja di media sosial.

“Mungkin coping mechanism (tindakan untuk atasi situasi sukar)? Tapi yang pelik kenapa kongsikan sebagai kandungan.

Honestly. It's a coping mechanism. I wanna record how much better I am day after day. Pain eventually subside? But record saja, tak muat naik,” ujar sebilangan lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain