HARI bahagia bertukar duka. Seorang wanita dikenali sebagai Apat meluahkan rasa malu dan kecewa apabila majlis perkahwinannya pada Mei lalu terganggu dengan serangan lalat. Meskipun sudah lima bulan majlis berlangsung, Apat baru sahaja berkongsi tentang perkara itu menerusi TikTok dua hari lalu sehingga dia meraih perhatian ramai. Di sebalik senyuman terukir, tersembunyi rasa sedih dalam hati pengantin. Menurut Apat, dia percaya bahawa serangan lalat itu berpunca daripada sebuah ladang penternakan ayam yang beroperasi berdekatan kediamannya. "Pelamin kami berada di depan kawasan penternakan ayam. Hanya berjarak kurang tiga meter saja. Kami sebenarnya sudah minta izin sejak Januari lalu dan pernikahan kami pada bulan Mei. "Rencana pernikahan kami tersebar sejak tujuh bulan lepas. Sebenarnya sudah beberapa bulan penternakan ini kosong. Namun entah kenapa, ia mula beroperasi lagi beberapa hari sebelum majlis resepsi," luah wanita itu. Bukan keindahan yang terlihat, tetapi lalat hingga memenuhi bunga di pelamin. APAT Menurut Apat, dia sebagai tuan rumah telah mencuba pelbagai kaedah untuk mengawal situasi itu, namun gagal kerana jumlah lalat yang terlalu banyak. "Malam sebelum majlis saya dah gelisah, takut dan kecewa. Saya dan keluarga tertanya-tanya, bagaimana majlis esoknya? Kami mencuba pelbagai cara termasuk menggunakan ubat lalat. "Habis beberapa botol penyembur serangga tapi tak berkesan kerana jumlahnya yang banyak. Mungkin ratusan ribu jumlahnya. "Bukan keindahan yang terlihat, tetapi lalat hinggap memenuhi bunga di pelamin. Sepatutnya momen yang diabadikan ini paling berharga untuk dikenang. ARTIKEL BERKAITAN: Setanding majlis Yuna! Pengantin Sabah buat ramai cemburu, pelamin latar belakang Gunung Kinabalu cukup memukau... Kos RM20,000 je ARTIKEL BERKAITAN: Akad nikah paling ‘rare’, pengantin lelaki hanya terbaring atas katil hospital... Isteri pula dipuji, tetap setia di sisi suami "Tapi jujur sedikit jijik melihatnya (foto). Hasil foto walaupun guna kamera jenis apa pun tidak mampu menghilangkan lalat yang hinggap di bunga-bunga pelamin," kata Apat lagi. Menurut Apat, dia juga sedih apabila serangan lalat yang tidak diduga itu menjadi topik perbualan segelintir tetamu. Paling mengecewakan, ada tetamu enggan makan di majlis itu kerana risau dengan aspek kebersihan juadah yang dihidangkan. Lalat turut hinggap di kepala ahli keluarga pengantin. "Jujur kami malu. Mungkin ramai orang beranggapan kami menghidangkan bangkai kerana semuanya dihinggapi lalat. Bahkan ramai juga yang mungkin enggan makan ketika hadir pernikahan kami. "Tidak cukup di situ, saya mendengar banyak kata-kata orang yang menyakitkan hati. Ada orang cakap tak berselera makan sebab nampak lalat, tak berani makan sebab takut tertukar dengan lalat dan takut sakit perut," ceritanya lagi. Menurut Apat, dia tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak, namun sekadar berkongsi luahan hati menerusi video di TikTok yang meraih lebih 3.8 juta tontonan. "Saya tidak bermaksud menyalahkan satu pihak, tapi dengan perkongsian ini, setidaknya saya harap dapat lebih iklhas dengan semua yang terjadi beberapa bulan yang lalu. Serangan lalat yang merosakkan hari bahagia pasangan itu. "Sedangkan saya yang banyak rugi. Untuk mengadakan kenduri ini, orang tua saya juga berusaha keras mengumpul wang. Tapi pada akhirnya, semua nampak mengecewakan. "Selepas ini, saya yakin saya boleh ikhlas menerima atas semuanya. Setelah rasa sabar selama ini saya pendam, semoga kesabaran ini menjadi ikhlas yang sangat luas," kata Apat lagi. Video kejadian di Indonesia itu turut tersebar dan tular dalam kalangan pelayar TikTok warga Malaysia. Rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati terhadap pasangan itu dan berharap mereka sabar dengan apa yang berlaku. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube