suria

Isteri kesal suami ketagih seks, tergamak tukar foto tak senonoh dengan bini orang

Lelaki gemar membuat panggilan video untuk menunjukkan kemaluannya. -Gambar hiasan The Star/Raja Faisal Hishan

PASANGAN suami isteri tidak lekang daripada diuji dengan pelbagai isu rumah tangga termasuk kewujudan orang ketiga.

Seperti yang dikongsikan wanita ini, dia meluahkan rasa sedih apabila suaminya bukan sahaja mempunyai skandal di tempat kerja malah turut bertukar-tukar gambar kemaluan dengan individu yang merupakan isteri orang.

Malah baru-baru ini, wanita itu terjumpa rakaman panggilan video suaminya sedang melakukan aktiviti seks di hadapan wanita lain.

Kebanyakan lelaki gemar melayari video lucah atau menonton pronografi. -Gambar hiasan The Star

Kebanyakan lelaki gemar melayari video lucah atau menonton pronografi. -Gambar hiasan The Star

"Dia buat panggilan video semata-mata nak perempuan tu tengok dia buat benda tak senonoh. Perempuan tu pula isteri orang dan bukan hot.

"Muka badan semua pun gendut serta gelebeh," luahnya dalam satu perkongsian di media sosial.

Menurut wanita itu lagi, dia menyedari suaminya berkelakuan pelik sejak awal perkahwinan mereka kerana gemar membuat panggilan video lucah dengannya apabila mempunyai tugas luar.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurufoto hilang sabar 8 tahun diganggu lelaki gila seks, gigih ikut sampai UK! Fahmi Fadzil janji ambil tindakan - “Dia tak patut wujud dalam masyarakat”

ARTIKEL BERKAITAN: Disuruh besarkan payudara sebelum kahwin, gadis ini dedah belang lelaki gila seks... Rupa-rupanya ramai jadi mangsa ‘Azim’!

Bagaimanapun, dia menganggap perkara tersebut sebagai normal kerana mereka sudah bergelar suami isteri.

"Dari awal kahwin lagi saya rasa suami agak pelik, dia memang selalu buat video call sambil melakukan kepuasan seks setiap kali dia outstation.

"Saya ingat normal kena layan suami walaupun rasa janggal... tapi tak sangka pula dengan orang lain pun dia buat juga," dedahnya lagi.

Paling mengejutkan apabila wanita itu turut mendakwa suaminya pernah datang ke pejabatnya semata-mata mahu dia melayan kehendak seksnya.

Dia tunggu dalam bilik mesyuarat dengan seluar dilondehkan dan duduk terkangkang di kerusi sambil main zakar.

LUAHAN WANITA

"Dia selalu datang pejabat saya semata-mata nak seks. Tak kira tempat, dalam kereta, tepi jalan dan sebagai isteri, saya layankan sebab pada saya dia suami.

"Ada sekali dia datang pejabat saya dan masa tu tengah sibuk jadi minta dia tunggu di mana-mana bilik dalam pejabat," katanya.

Lebih menyedihkan apabila dia menjumpai mesej perbualan dan resit transaksi perbankan yang suaminya pernah membayar pelayan seks (GRO).

Selain itu, suaminya juga pernah kantoi menghantar gambar kemaluan kepada perempuan yang dikenali melalui aplikasi WeChat sehingga membuatkan mereka bergaduh.

"Apabila berbincang tentang setiap perbuatannya itu, dia menyatakan rasa seronok (melakukan perkara itu).

"Apabila tanya tak cukup apa yang saya beri... dia jawab semua dah okay cuma dia rasa seronok buat perempuan ghairah," tambah wanita ini lagi.

Antara perkongsian warga maya berhubung isu yang dihadapi wanita ini.

Antara perkongsian warga maya berhubung isu yang dihadapi wanita ini.

Cuba mendapatkan khidmat daripada seorang kaunselor, wanita ini terkejut apabila dia dipersalahkan sepenuhnya tentang masalah yang dialami.

Menyifatkan kaunselor itu sebagai berat sebelah, wanita ini mengambil keputusan untuk memfailkan penceraian selepas buntu dengan hal itu.

"Saya dah hubungi pejabat agama untuk khidmat nasihat. Baru cerita sedikit... kaunselor lelaki dah bias dan judging siap suruh saya cari salah dekat mana dan kenapa lelaki tak puas di rumah sampai cari di luar.

"Menyakitkan hati, lelaki yang mental atau gila seks kenapa perempuan kena cari salah sendiri? Kaunselor pun tak boleh pakai," ujarnya dalam nada marah.

Luahannya itu dikongsikan di Facebook sehingga pelbagai komen warga maya.

Bagaimanapun, bagi situasi suami wanita terbabit, ia dianggap sebagai masalah serius dan si isteri dinasihati untuk membawa suami mendapatkan rawatan psikatri jika sayangkan rumah tangga mereka.

"Kes di atas adalah keterlaluan yang ketara, bawa suami puan jumpa doktor dan rujuk pakar... berkemungkinan cara itu yang memuaskan dia.

"Sakit ni puan, bawa pergi psikatri sebab dia macam dapat kepuasan selepas tunjuk kemaluan kepada orang lain. Tapi puan sendiri kena kuat sepanjang rawatan tu.

"Tak normal tu sebab orang yang suka tunjuk kemaluan ni ada simptom sakit mental. Baik rawat sebelum melarat.

"Manusia suka menormalkan perkara yang tidak normal... suami tu dah 'ketagih', kena jumpa pakar untuk merawat," ujar beberapa warga maya.

Memetik kenyataan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, onani adalah perbuatan yang haram.

"Ulama khilaf dalam hal ini. Yang masyhur bahawa hukumnya ialah haram berdasarkan nas al-Quran ayat kelima sehingga ketujuh surah al-Mukminun.

"Kami menyebut huraian Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitab beliau, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain