suria

Haid bocor masa kenduri, tompok-tompok darah penuh kerusi pelamin! Bridal syak angkara tetamu uzur

Kerusi pelamin kotor akibat terkena darah haid. -Gambar hiasan

MAJLIS perkahwinan pastinya tidak lengkap tanpa upacara persandingan melibatkan kedua-dua mempelai di atas pelamin.

Ahli keluarga, rakan-rakan serta tetamu majlis itu juga pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar dengan pengantin di atas singgahsana.

Terbaharu, seorang pengusaha butik di Terengganu berkongsi kekesalannya apabila kerusi putih yang diletakkan di atas pelamin bertukar kotor akibat terkena darah haid.

370543325_2251930111805680_1422973953747454058_n

Kesan darah haid yang kering di atas fabrik.

"Salam sayang-sayang, untuk peringatan semua, saya wakil daripada bridal di seluruh Malaysia.

"Yang mana uzur ketika majlis tu, pastikan awak tidak 'bocor' ya kalau nak duduk atas kerusi baldu di atas pelamin," ujarnya yang turut memuat naik dua keping gambar memaparkan kerusi putih kotor terkena darah.

Menurut pengusaha butik itu lagi, kotoran berkenaan bukan berpunca daripada pengantin, sebaliknya melibatkan tetamu wanita yang naik ke pelamin untuk bergambar.

Kalau darah kering payah nak cuci ya sayang, tolonglah... kerusi ni boleh tahan juga harganya.

PENGUSAHA BUTIK

Dalam posting sama, dia turut berkata kekotoran seperti itu sukar untuk ditanggalkan, malah kerusi yang digunakan juga tidak murah.

"Ni bukan hasil dari pengantin, tapi dari orang lain yang duduk bergambar.

"Kalau darah kering, payah nak cuci ya sayang. Tolonglah, kerusi ni boleh tahan juga harganya.

"Untuk peringatan kita semua, harap maklum," ujarnya menerusi posting di laman Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Setanding majlis Yuna! Pengantin Sabah buat ramai cemburu, pelamin latar belakang Gunung Kinabalu cukup memukau... Kos RM20,000 je

ARTIKEL BERKAITAN: Pengapit ‘lupa diri’, tinggal tugas di pelamin pergi main kompang! Gian katanya, dulu pernah perform di London

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap pengusaha butik berkenaan apabila pelamin mereka kotor terkena darah haid.

"Allahuakhbar. Kesian kalau kena kerusi ada masalah macam ni. Nak bersihkan pun jadi rosak fabrik kain kerusi atas pelamin.

"Rumit juga kalau kena begini. Harap tanggal la. Kalau darah kita sendiri tak geli sangat. Nak basuh darah orang rasa kotor juga.

"Allahhuakbar teruk betul, kesian bridal kena cuci. Kerusi bridal bukan murah.

"Kalau saya jadi pengantin, bad mood seharian. Kita pula nak duduk atas pelamin. Tengok-tengok ada darah tetamu," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain