SEORANG wanita mencuri perhatian ramai kerana menyertai acara larian sambil memakai jubah hitam bersama niqab. Hanya mahu dikenali sebagai Nur, 39, dia yang turut digelar sebagai Ninja runner banyak berkongsi video menerusi TikTok sehingga meraih lebih 200,000 pengikut. Nur berkata minatnya dalam bidang larian terhenti selepas mendirikan rumah tangga, namun dia kembali beraksi selepas melahirkan anak bongsunya. Kata Nur, dia aktif berlari sejak zaman sekolah. "Saya aktif sejak zaman sekolah. Selepas ada anak, saya dah tak join sangat. Tapi saya kembali aktif selepas melahirkan anak ketujuh. "Anak sulung saya dah berusia 18 tahun, manakala anak bongsu saya kini berusa tujuh tahun. Saya mula berniqab sejak balik umrah dalam tahun 2016. "Saya mahu berlari sambil berdakwah. Sebenarnya kalau dah terbiasa, pakaian bukan satu halangan. Saya dah biasa buat aktiviti pakai jubah," ujarnya kepada mStar. Kalau orang kata panas, memanglah panas... tapi tak sepanas yang disangka. NUR/NINJA RUNNER Banyak menyertai acara larian sehingga turut mendapat tajaan, Nur berkata dia juga pernah meraih kedudukan pertama menerusi satu kejohanan yang disertainya baru-baru ini. "Lepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat banyak sponsor. Sebab tu dah tak kejar podium. Banyak jadi duta. Last hari tu dapat nombor satu juga," ceritanya lagi. Seterusnya, Nur berkata dia juga akan menyertai larian sejauh 21 kilometer (km) sempena Hari Sukan Negara pada 8 Oktober depan. ARTIKEL BERKAITAN: Dah la kacak, pemurah pula! Jadi juara 26 kali, pelari dedah rahsia kerap sumbang wang kemenangan untuk kebajikan ARTIKEL BERKAITAN: Bakal atlet para Malaysia! Kanak-kanak kaki kudung ‘menang’ di hati netizen... Ibu menangis tengok anak sampai garisan penamat Menurut Nur yang menetap di Klang, Selangor, dia peka dengan tanggapan segelintir individu yang mungkin rimas melihat pakaian yang digayakannya ketika bersukan. Jelas Nur, rasa panas ketika berlari sambil memakai jubah sama seperti panasnya mereka yang berlari memakai pakaian biasa dan perkara itu bukan masalah besar baginya, "Kalau orang kata panas, memanglah panas. Tapi tak sepanas yang disangka. Kalau saya pakai, memang berpeluh. Tapi dalam berpeluh tu, sama saja macam orang lain pakai baju biasa. "Sebenarnya ia sejuk bagi saya. Jadi saya tiada masalah. Dengan cara ini, kita dapat tunjuk contoh baik. InsyaAllah orang lain boleh ikut juga," ujarnya yang turut pernah ditugaskan sebagai pacer dalam acara lain. Nur melakukan penghantaran makanan menggunakan EUC. Selain aktif menyertai acara larian, Nur berkata dia turut bekerja sebagai penghantar makanan menggunakan kenderaan roda satu iaitu Electric Unicycle (EUC). "Saya ada buat delivery pakai EUC roda satu. Sebelum ini saya kerja Shopee. Sekarang saya buat delivery sendiri, support kawan-kawan berniaga. Kalau ada order, kita hantar sendiri. "Sebab itu jugalah nama saya Ninja runner. asalnya kawan yang panggil Ninja. Kawan suka mengusik. Kita pun layankan saja. Lama-lama nama itu melekat jadi Ninja runner," ujar Nur berseloroh. Berlari sambil memakai jubah dan niqab merupakan cara Nur berdakwah. Dalam pada itu, Nur turut berkongsi nasihat kepada kaum Hawa agar terus istiqamah sekiranya mereka mahu mengenakan niqab sepertinya. "Kalau baru nak mula, kena biasakan diri, niat kerana Allah sebelum keluar rumah. kita juga kena bersangka baik dengan Allah. "Kita kena lawan perasaan. Jangan pakai sekejap, kemudian buka sebab rasa rimas. Maknanya kalau nak buat, buat betul-betul. Kalau panas, anggap ia tak panas. Mindset itu penting, kita kena lawan," pesan Nur lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube