NAK healing, tapi terganggu dek bunyi bising dengan suara memekik. Hasrat seorang wanita yang mahu melelapkan mata ketika menaiki feri terbantut dengan keriuhan sekumpulan kanak-kanak yang bermain di dalam pengangkutan awam itu. Menurutnya, beberapa kanak-kanak bukan sahaja membuat bising, malah berlari di sekitar feri, sekali gus turut menganggu penumpang-penumpang lain. Wanita itu tidak dapat melelapkan mata kerana berasa terganggu dengan bunyi bising. -Gambar hiasan Namun, apa yang dikesalkannya adalah tiada pemantauan terhadap pergerakan kanak-kanak itu yang ke hulu ke hilir sambil menjerit dan bergelak ketawa dengan kuat. “Mak, mak tolong la pantau anak anda. Ini bukan dekat taman permainan atau taman tema. “Tengok situasi kalau anak-anak nak bermain. Orang nak lelap naik feri pun dah dengar macam ni. Memang minta kena maki la kan,” katanya menerusi video berdurasi 27 saat itu. ARTIKEL BERKAITAN: Sejam anak melalak dalam kafe tapi mak ayah tenang borak dengan kawan... Pelanggan lain siap rakam, ‘playback’ kuat-kuat tetap tak faham ARTIKEL BERKAITAN: Anak bising mak ayah tak guna ‘akal’, gadis nak larang kanak-kanak ke majlis nikah... “Apa yang pengantin lelaki lafaz semua tenggelam” Tidak dinyatakan destinasi yang dituju, tetapi dipercayai berlaku di utara tanah air berdasarkan pautan lokasi menerusi video yang dimuat naik. Wanita itu turut kecewa dengan sikap ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan yang tidak memantau anak-anak mereka sepanjang perjalanan. “Mak ayah buat bodoh je sepanjang dalam feri tadi, macam tak ada apa jadi. “Aku sempat tegur budak-budak ni minta diam sebab ramai orang dalam ni tengah tidur. Tapi budak-budak tu buat bodoh je,” katanya. Salah seorang kanak-kanak lain yang turut bermain di dalam feri. Mengulas lanjut, dia sempat menegur salah seorang daripada kanak-kanak itu, namun reaksi yang diberi mengecewakan. “Saya tahan salah seorang budak, yang paling besar. Dengan harapan dia paling faham bahasa. Tapi haram, satu apa tak faham, dia terus berlari. “Budak buat bodoh tu faham lagi, mungkin sebab budak lagi. Ni mak pak pun buat bodoh,” ujarnya dengan nada kesal. Ini sejenis beranak tahu, ajar anak tak tahu. NETIZEN Sehubungan itu, dia amat berharap perkongsian videonya di TikTok dapat disaksikan oleh ibu bapa tersebut mengenai sikap anak-anak mereka di luar kawalan. “Harap mak bapa budak ni tahu la jeritan tu jeritan anak dia. Relaks je mak bapa dia duduk belakang macam tak ada apa yang berlaku. “Jarang nak post benda-benda macam ni, tapi geram sangat. Harap mak bapa budak ni nampak betapa 'senyapnya' budak-budak tu dalam feri, macam dalam taman tema,” sindirnya. Antara komen netizen. Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa penumpang wanita, malah ada yang terkejut melihat segelintir kanak-kanak sudah besar untuk beraksi begitu. “Alamak, macam dah besar dah tu. Kalau umur lima atau enam tahun boleh la nampak comel main begitu. “Anak saya teriak dalam feri pun saya dah rasa bersalah sangat dengan penumpang lain. Usaha pujuk anak supaya senyap. “Ini sejenis beranak tahu, ajar anak tak tahu. Maaf kalau bahasa saya agar kasar. “Itulah kadang-kadang malas nak cakap dan marah lebih-lebih. Kata kita jahat,” komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube