REZEKI ada di mana-mana, dan datang tanpa diduga. Apa yang lebih penting adalah kerajinan seseorang itu mencari rezeki meskipun berdepan cabaran yang berbeza-beza. Begitu juga dengan kisah seorang pekerja pembersihan, sebagaimana yang dikongsikan seorang guru. Menurut guru itu, dia terserempak dengan seorang pekerja pembersihan ketika berada di kedai dobi layan diri untuk mencuci pakaian. Seorang pekerja pembersihan melakukan tugasan dekat bangunan kedai. -Gambar FB Muhammad Yusof Namun gelagat wanita itu berada lama di singki premis berkenaan menimbulkan tanda tanya. “Masa dobi baju saya perasan mak cik cleaner ni kat sinki dobi. Lama juga dia kat situ. “Saya tengok dia dok kumur-kumur. Nak ambil air sembahyang (wuduk) ke makcik ni? Saya fikir. Takkanlah,” tulis Mohamad Yusof Sulehin di Facebook. Selepas meneliti tindak-tanduk tukang sapu, guru itu akhirnya menyedari sesuatu yang tidak dijangka. “Tengok punya tengok baru saya perasan, rupanya dia dok minum air paip. Allahuakbar. Mungkin dah terlalu haus kot,” katanya yang sebak melihat keadaan wanita itu. ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja asing tergesa-gesa isi minyak, tanya tak jawab tiba-tiba lesap! Rupanya nak solat awal, siap bersihkan dulu surau ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa pelajar jadi rider di restoran, guru hulur duit poket tapi ditolak! Berlaku sesuatu tak disangka selepas habis makan Tidak mengambil masa lama, dia kemudian meneruskan tugasnya menyapu sampah dalam keadaan cuaca panas. Kebimbangannya dirasai saat membayangkan wanita yang sudah berusia itu masih mempunyai kudrat dan keinginan untuk bekerja. “Cuaca punyalah panas begini pun dia tetap sapu sampah. Pada usia macam makcik ni sepatutnya berehat kat rumah tapi masih mengerah kudrat menyapu di tengah-tengah panas. “Mungkin ada anak-anak yang masih menunggu sesuap nasi di rumah,” jelas Mohamad Yusof yang merupakan penerima Anugerah Kebangsaan Ikon Warden Asrama Harian Terbaik Peringkat Kebangsaan sempena Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan 2021. Mohamad Yusof sering berkongsi kisah kemasyarakatan. Tanpa berlengah, guru berkenaan segera ke keretanya untuk mengambil sesuatu. “Saya terus ke kereta ambil barang dapur. Memang ke mana-mana saya standby dua tiga plastik barang dapur untuk saya bagi pada mana-mana asnaf yang saya jumpa. Kadang kita fikir, rezeki ni hanya pada orang yang banyak duit sahaja... sedangkan, bahagia itu juga rezeki. MOHAMAD YUSOF SULEHIN “Saya terus bagi barang kepada makcik tu. Dia senyum dan ucap terima kasih sambil tadah tangan doa kat saya. “Lepas tu dia sambung sapu sampah tengah panas,” katanya lagi menerusi hantaran di Facebook Muhammad Yusof. Perkongsian Mohamad Yusof di Facebook. Dalam kesusahan wanita itu, Mohamad Yusof dapat melihat senyuman pekerja pembersihan itu yang menggambarkan kebahagiaannya. “Kadang kita fikir, rezeki ni hanya pada orang yang banyak duit sahaja. Sedangkan, bahagia itu rezeki. Tubuh badan sihat itu rezeki. Hati yang tenang itu rezeki. Kesihatan itu rezeki. “Makcik tu mungkin tak ada harta tapi dia ada rezeki ‘kebahagiaan’ yang mungkin sebahagian kita tak ada. “Apapun, moga Allah murahkan rezeki makcik ni seluas lautan. Besar pahala makcik buang segala sampah, paku, kaca yang ada kat jalan,” katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube